Saturday 20 February 2016

Nasihat Hati

Lihatlah sesuatu yang terjadi pada diri dengan pandangan iman. Kawal lidah kita dari mengeluarkan kata nista terhadap ujian yang berlaku. Kata-kata pertama yang terpacul dari mulut dalam menerima sesuatu perkara yang berlaku menandakan dimana tahap iman kita.
Dalam sesuatu kejadian, ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu. Seperti kisah Nabi Khidir, perahu bocor, anak mati. 
Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik. Bantu membina dinding yang hampir roboh. 

Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan...

Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi.
Lihatlah pengajaran yang nabi Musa peroleh, bagaimana dengan ketidaksabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Khidir, sedangkan kalau dia bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya.

Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. 

Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja..!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v