Wednesday 19 November 2014

Terowong Keretapi Bawah Laut - Usaha Sultan Abdul Hamid

                                   بسم الله الرحمن الرحيم

وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَى هَؤُلاءِ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ 

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah pertunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam (An Nahl ;Ayat 89).



"Science without religion is blind, religion without science is lame" 

Penerokaan ilmu sains seharusnya menimbulkan rasa kagum dan takjub tentang kebesaran Allah.Pembangunan sains dan teknologi tanpa agama adalah buta tetapi tiada siapa pun yang dapat menafikan keperluan sains untuk membangun dan memakmurkan alam ini. Justeru, sains itu perlu dibicarakan dalam konteks agama untuk memandu apa jua perkembangan yang dibangunkan oleh manusia berteraskan sumber wahyu dan berinspirasikan keagungan Allah sebagai Pemilik dan Pencipta yang Maha Agung. Sudah pastilah al-Quran sebagai sumber rujukan utama.


Projek Marmaray bakal menghubungkan benua Asia dengan benua Eropah, yang turut menghubungkan kedua-dua belah kota Istanbul lama dan baharu yang dipisahkan oleh Selat Bosporus. 

Cukup hebat !

Cita-cita Turki untuk membina sebuah terowong bawah laut merentasi Selat Bosphorus wujud sejak Turki di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Pada 1891, Sultan Abdulhamid memerintahkan jurutera-jurutera Perancis mereka sebuah terowong bawah laut dimana terowong didirikan di atas tiang penyokong di bawah laut namun tidak menjadi kenyataan. 

The Marmaray Project connecting the Asian and European sides of Istanbul via a subway tunnel under the Bosphorus Strait has a 150-year-old story.

The first serious bid for a tunnel was presented by engineer Euqene Henri Gavand to Sultan Abdul Hamid


Marmaray merupakan suatu projek usahasama Kerajaan Turki dengan Kerajaan Jepun untuk membina pengangkutan kereta api di bandar raya Istanbul, Turki. Ia terdiri daripada sebuah terowong kereta api bawah laut di Selat Bosporus dan pemodenan landasan kereta api pinggir bandar yang sedia ada di sepanjang Laut Marmara dari Halkalı di sebelah Eropah ke Gebze di sebelah Asia. Selat Bosporus turut menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Projek Marmaray diusaha menerusi kerjasama syarikat mega Taisei Corp. Jepun dengan syarikat tempatan Nurol dan Gama. Terowong ini menghubungkan Eropah dengan Asia dan seterusnya menyambung perjalanan Jalan Sutera yang silam.

Pembinaannya dimulakan pada tahun 2004 dengan sasaran awal bagi tarikh pembukaannya ialah pada April 2009. Selepas beberapa kelewatan yang disebabkan oleh penemuan sejarah, fasa pertama projek itu dibuka pada 29 Oktober 2013 sempena ulang tahun ke-90 penubuhan Republik Turki.

Nama Marmaray berasal daripada gabungan antara nama Laut Marmara dengan ray, perkataan bahasa Turki untuk kereta api.

Kerjasama Projek Marmaray tersebut mengingatkan kita jalinan Turki-Jepun dalam sejarah silam mereka ketika jalinan mereka untuk menentang Rusia dan Eropah. Terowong tesrebut diilhamkan oleh Sultan Abdul Majid pada 1860, lalu dirancang denga teliti oleh Sultan Abdul Hamid II ketika pemerintahannya dengan perlantikan subuah syarikat kejuruteraan Perancis, British dan Amerika untuk merangka pelan perojek terowong di bawah laut pada 1891 untuk menghubungkan benua Eropah dengan Asia dan seterusnya memudahkan umat Islam menunaikan haji serta menyambung Jalan Sutera untuk pengembaraan antara benua. Namun, hasrat baginda terbantut apabila beginda diguling oleh British, Yahudi dan sebahagian rakyat baginda sendiri. Pemecatannya dirasmikan menerusi surat oleh mufti kerajaan yang dilantik oleh baginda sendiri.

Lakaran peta untuk menunjukkan rangkaian jalan keretapi laju dalam Projek Marmaray yang menghubungkan Uskudar dengan Sirkeci yang merentasi Selat Borporus. Projek ini merealisasi hasrat sultan Uthmaniyyah terdahulu pada masa kini. 

Perdana Menteri Turki Teyyeb Erdogan dengan segala usaha gigih beliau merealisasikan hasrat sultan Uthmaniyah 150 tahun yang silam dalam pembinaan jalan tersebut. Pentadbiran Erdogan memulakan projek tersebut pada tahun 2005, tetapi banyak pihak yand berusaha untuk mengagalkan usaah tesrebut kerana usaha Erdogan tesrebut dilihat seolah-oleh mengembalikan kegemilangan kerajaan Islam yang lepas. Projek ditangguh pada 2009.

Kerja-kerja menyiapkan terowong yang turut menghubungkan kedua-dua belah kota Istanbul lama dan baharu yang dipisahkan oleh Selat Bosporus. 

Dalam pembinaan tersebut, bahan sejarah kerajaan Bizantine silam ditemui, lalu pencinta alam Barat mendesak agar perojek tersebut dihentikan untuk kajian arkeologi yang didakwa lebih penting daripada projek tersebut. Ini melambatkan proses pembinaan tersebut, sehinggalah dirasmikan kembali oleh perdana menteri Turki dengan penyaksian perdana menteri Jepun. Projek ini akan menghubungkan Eropah barat dengan Beijing dalam rangkaian keretapi moden, yang digambarkan seolah-olah Jalan Sutera Moden. Ini benar-benar mengingatkan kita kepada hubungan erat Sultan Abdul Hamid Turki dengan Maharaja Meiji Jepun 100 tahun yang silam. Kerjasama mereka diteruskan oleh pemimpin kini dengan semangat yang sama. Adakah satu masa akan datang projek ini diteruskan untuk menyambung tanah besar China ke Jepun pula? 



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v