Thursday 13 November 2014

Siwak vs Air Kencing


Tahukah anda bahan apa yang digunakan oleh orang Romawi dan Eropah pada abad pertengahan untuk membersihkan gigi mereka ?

AIR KENCING !

Jauh sebelum ubat gigi dikenali,para doktor Mesir Kuno telah menemui ubat gigi yang dibuat dari serbuk batu pumis di campur dengan cuka. Perkara ini masih boleh di terima jika dibandingkan dengan ubat gigi bangsa Romawi, lagi-lagi dibuat dari air kencing. Kononya air kencing lagi mujarab adalah yang di import dari Portugal. Mungkin kerana dibawa dari jauh sehingga kadar ammonia didalamnya menjadi semakin banyak dengan bu hncing yg tidak terkira.

Sebagaimana kepercayaan bangsa Romawi yang menganggap ammonia membersihkan tubuh dan pakaian, mereka juga percaya ammonia baik untuk gusi.

Air kencing kononya dapat memutihkan gigi dan meneguhkan kedudukan gigi pada gusi sehingga air kencing juga digunakan untuk berkumur. Perkara ini berlangsung sehingga abad ke 18 di Eropah.

Di rantau ini, nenek moyang kita pula menggunakan serbuk batu atau arang untuk membersihkan gigi. Gigi memang kelihatan bersih namun serbuk batu yang keras boleh mencederakan enamel gigi. Cara lain pula ialah dengan mengunyah daun sirih. Sirih yang di campur dengan pinang, gambir dan bahan lain memang bags untuk membunuh kuman tetapi cara ini di anggap kurang bergaya buat anak-anak zaman sekarang. Bibir menjadi merah, gigi juga menghitam.

Lalu bagaimana dengan ajaran Islam ?

Sejak awal lagi Rasulullah SAW telah mengingatkan ummatnya bersiwak.

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ). - See more at: http://hantuwriter.blogspot.com/2012/03/amalan-bersugisiwak-sains.html#sthash.DPGSuXAN.dpuf
Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Berbagai kajian menunjukkan manfaat siwak pada kesihatan, bermula dari membunuh kuman dan ulat perosak gigi, mengandungi hablur tertentu yang merupakan bahan pembersih warna kuning pada gigi dan gusi lebih sihat. Kononnya dengan khasiat ini, banyak ubat gigi  moden yang mencampurkan bahan kimia dalam batang tumbuhan (kayu) arak sebagai bahan siwak. Rasulullah juga menggunakan kayu pohon arak ini untuk bersiwak kerana memiliki bau khas dan terasa hangat.

Perkara yang menakjubkan ialah siwak telah digunakan umat Islam sejak empat belas abad yang lalu, pada masa yang sama bangsa barat masih berkumur dengan air kencing.


Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ). - See more at: http://hantuwriter.blogspot.com/2012/03/amalan-bersugisiwak-sains.html#sthash.DPGSuXAN.dpuf

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ). - See more at: http://hantuwriter.blogspot.com/2012/03/amalan-bersugisiwak-sains.html#sthash.DPGSuXAN.dpuf

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v