Wednesday 27 January 2016

Pembunuh Palestin Tersungkur di Malaya


بسم الله الرحمن الرحيم                       
Hubungan antara Alam Melayu dengan Uthmaniyah tidak asing lagi dalam lembaran sejarah. Pelbagai usaha kerjasama dilakukan untuk menyatukan umat Islam seluruh dunia bagi menetang penjajahan British dan sekutunya. Duta Uthmnaiyah di Alam Melayu, Syeikh Ahmad al-Fatani berperanan dalam mengharapkan Kerajaan Uthmaniyyah membantu umat Islam Melayu daripada cengkaman penjajahan.



 Dalam usaha ini, Raja Ali Kelana diutus oleh Syeikh Ahmad al-Fatani pada tahun 1913 untuk menghadap Sultan Abdul Hamid Uthmaniyyah Turki bagi memohon bantuan ketenteraan untuk menghalau penjajah Barat. Itu ialah antara sebab British menyebarkan keburukan khalifah umat Islam itu agar umat Islam sendiri membenci baginda kerana kekuatan jiwa sultan itu untuk membantu negara umat Islam yang dijajah.


British menyedari ketika itu bahawa kekuatan umat Islam hanya bergantung kepada Kerajaan Uthmaniyyah. Kejatuhan kerajaan Islam itu, membuka laluan mudah bagi mereka menakluki Iraq, Mesir dan negara Islam yang lain termasuk Alam Melayu sehinggalah  tertubuhnya negara Israel pada 1948. Henry Gurney merupakan antara orang penting dalam usaha penubuhan negara Israel. 

Lantikan beliau kemudiannya sebagai pesuruhjaya tinggi British di Tanah Melayu ada kaitannya dengan peristiwa ini. Umat Islam seluruh dunia mengutuk peranan Henry Gurney dengan pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin dalam peristiwa Dier Yasin yang berlaku dalam bulan  Mei 1948) yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin.



Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948 selepas kejayaan misinya di Palestin. Beliau bertanggungjawab membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin. 

Namun beliau disanjung dalam sejarah tanah air kerana perananya  membenteras komunis mengikut laporan British. Namun hakikatnya, komunis tidak berpuas hati kerana British kembali menjajah selepas kekalahan mereka di tangan Jepun. Beliau dibunuh oleh komunis mengikut laporan rasmi British tetapi umat Islam Palestin mengutus ucap tahniah kepada ulama dan pejuang Islam di Tanah  Melayu di atas kematian Gurney yang disifatkan musuh utama umat Islam ketika itu. Persitiwa ini berlaku selepas kejatuhan Uthmaniyyah.


Berita kematian Henry Gurnry yang disiarkan The Sunday Times 1955 yang ditembak oleh komunis ketika dalam [perjalanannya menuju ke Bukit Fraser, Pahang. Isterinya tidak dibunuh dan terselamat dalam peristiwa tersebut. Beliau sangat dibenci oleh umat Islam Palestin tetapi disanjung oleh penduduk Tanah Melayu. British memutuskan berita umat Islam luar negara daripada diketahui oleh penduduk Tanah Melayu. Hingga kini beliau masih disanjung oleh sebahagian penulis tanah air. 


Saturday 23 January 2016

Tazkirah Syeikh Mutawalli Sha'rawi tentang "REZEKI"

       بسم الله الرحمن الرحيم                           


Ada hadis qudsi yang berbunyi...

(Maka dari itu terdapat dalam hadis qudsi, yang mana hadis qudsi itu menjadi pedoman bagi orang yang beriman)

Allah Azza wa jalla berfirman:

"Wahai anak Adam, janganlah kau takut terhadap kekuasaan. Selama kekuasaan-Ku lah yang abadi"

"Dan kekuasaan-Ku tidak akan pernah habis"

"Wahai anak Adam, jangan takut dari sempitnya harta, sedang harta-Ku banyak. Dan harta-Ku tidak akan pernah habis"

"Wahai anak Adam, Aku menciptakanmu untuk beribadah, maka janganlah bermain-main. Dan Aku telah menjamin rezekimu, maka janganlah lelah....."


(Maksud lelah disini ialah lelah raga, tetapi hati tetap bertawakkal kepada Allah...)


Aku menciptakanmu untuk beribadah, maka janganlah bermain-main. Dan Aku telah menjamin rezekimu, maka janganlah lelah.

"...Demi kekuasaan dan kemuliaanKu, jika kau redha terhadap ketentuan-Ku terhadap mu, maka akan Aku bahagiakan jiwa dan ragamu."

"Dan Aku catatkan kau sebagai hamba yang bersyukur..."



"Dan jika kau tidak redha ketentuan-Ku keatas mu.....

"Demi kekuasaan-Ku dan kemuliaan-Ku,.....

"...Aku akan menjadikan kesusahan dunia atasmu, dan kau berlari mengejar dunia seperti hantu-hantu berlarian di hutan pada malam hari "

"Kemudian kau tidak akan dapat apa-apapun kecuali apa yang Aku tetapkan atasmu."



"Wahai anak Adam, Aku telah menciptakan langit dan bumi. Dan Aku tidak merasa kesusahan."


"Apakah susah bagi-Ku untuk mengatur rezeki mu ?"



"Wahai anak Adam, jangan kau tanya kepada-Ku mengenai rezeki hari esok. Sebagaimana Aku tidak tanya padamu mengenai amalmu hari esok."

"Wahai anak Adam,,,
Sesungguhnya AKU MENCINTAI MU..

"Maka atas hak Aku ini, jadilah hamba yang mencintai-Ku"

-Syeikh Mutawalli Sha'rawi -

Video Tazkirah Syeikh Mutawalli Sha'rawi tentang "REZEKI"