Sunday 25 January 2015

Hikmah Di Sebalik Terapi Rotan

بسم الله الرحمن الرحيم 
Syariat Islam terbina di atas hikmah Ilahi menerusi fitrah kejadian manusia. Dalam pendidikan kanak-kanak. Islam mempunyai dimensi tersendiri dalam psikologi pendidik yang mengambil kira pendikan rohani dan jasmani secara bersepadu. Penggunaan rotan dalam pendidikan moden di sekolah menjadi perdebatan hangat ahli pendidik kontemporari. Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang. Ibnu Khaldun sebagai ilmuwan dan ahli pendidik tamadun Islam, tidak menolak penggunaan rotan sebagai kaedah pentarbiahan yang digunakan terhadap golongan pelajar yang tertentu.


Pelajar ada banyak kategori yang memerlukan kepelbagaian kaedah pendidikan. Kaedah nasihat dan psikologi perlu di berikan secara bersistem, diikuti oleh amaran lembut dan amaran bersifat hukuman. Namun, tahap pendidikan terakhir ialah dengan hukuman seperti hukuman rotan apabila kaedah yang lunak sudah tidak lagi meninggalkan kesan kepada pesalah.
Walaupun ahli pendidikan Barat menentang penggunaan rotan dalam pendidikan, namun England pernah menggunakan kaedah itu bagi golongan pelajar yang tidak boleh dibentuk peribadinya dengan nasihat yang lembut. Bahkan, Barat turut membuka sekolah khas dengan deraan yang berat bagi golongan pelajar yang melakukan jenayah juvina. Namun, apabila teori kauseling barat yang menekankan penggunaan psikologi terhadap kaedah pendidikan maka terdapat dua kesan yang bertentangan dalam senario akhlak pelajar. Pelajar yang memang berdisiplin dengan mudah digunakan kaedah psikologi tanpa penggunaan deraan fizikal. Namun, ada golongan lain yang memang tidak dapat dibentuk peribadinya sekadar menggunakan nasihat, maka golongan ini tidak boleh digunakan kaedah yang lembut seperti golongan yang tadi.
Dalam kes ini, Ibn Khaldun menyebut bahawa deraan rotan bagi pelajar yang di luar kawalan nasihat, harus dilakukan tidak melebihi dua kali sebatan. Sebatan itu pula bukan untuk menyakitnya, tetapi sebagai pengajaran dan kaedah cegahan sebelum pelajar itu bertindak satu langkah lagi ke arah jenayah yang lebih berat. Ini ialah langkah pencegahan.

Kajian Oleh Saintis Rusia
Mari kita saksikan contoh bahan pemikiran yang berkaitan dengan syariat dan himkah pendidikan berkaitan penggunaan rotan yang syarie yang sring di pertikaikan barat.
Berita The Medical News tentang  rawatan dengan cara merotan untuk merawat
ketagihan alkohol, dadah, masalah sosial dan HIV. Sebatan rotan juga berkesan
untuk merawat kemurungan kerana gejala sosial.

Di Rusia, para pendidik mereka gagal menangani pelajar yang melakukan kesaalahan jenayah melampau termasuk ketagihan arak, najis dadah, mencuri, samseng, gangsterisme serta penyebaran penyakit melalui aktiviti seks bebas.
Satu kumpulan penyelidik Rusia cuba mencari rawatan bagi ketagihan alkohol dan kegundahan melampau. Ketua kumpulan saintis tersebut, Dr. Sargei Speransky menemui kaedah baru mengatasi masalah tersebut, iaitu dengan sebatan berkali-kali pesakit yang terlibat. Kelihatannya kaedah ini agak ganas, tetapi itulah kaedah yang paling berkesan mengikut ketua penyelidik itu. Kenyataan ini turut di laporkan dalam Yahoo News bertarikh 30 Mac 2005 dan dalam Medical News sehari sebelumnya.
Ini, menurutnya, dengan sebatan di punggung, sejenis hormon akan dikeluarkan oleh badan manusia yang bertindak sebagai antibodi terhadap kesan alkoholik. Endorpin yang merupakan bahan kimia semula jadi badan manusia di dapati mudah dirembes keluar apabila sebatan punggung dilakukan berkali-kali. Bahan kimia ini dikenali sebagai kimia ceria atau happy chemicals yang bertindak menceriakan pesakit tersebut daripada kegundahan. Bahan kimia itu turut menghilangkan rasa ketagihan arak atau rokok.
Sebatan juga, mengikut pasukan penyelidikan itu, berjaya menyembuh ketagihan mencuri bagi sesetengah pelajar. Dalam sesetengah hal, mencuri barangan di pasaraya menjadi ketagihan golongan tersebut. Ada ramai golongan pelajar yang mencuri bukan kerana kemiskinan tetapi merupakan hobi harian, yang lebih menjadi fenomenon akhlak. Mereka puas menerusi aktiviti tersebut. Ini juga boleh disembuhkan dengan sebatan tertentu.

Rawatan HIV Melalui Rotan
HIV turut dirawat dengan sebatan dan kini klinik yang memberi rawatan dibuka secara meluas di Negara tersebut. Dr. Marina Chuhrova yang menjadi ahli penyelidik kumpulan itu menyatakan bahawa beliau sendiri melakukan rawatan kepada 10 pesakit ketagihan itu dengan sebatan dan permintaan semakin tinggi selepas masyarakt melihat rawatan kaedah sebatan itu sangat berjaya. Pesakit menjadi lebih gembira selepas tamat rawatan walaupun pada awalnya mereka teragak-agak mencubanya. Sekitar US100 bayaran dikenakan untuk setiap pakej rawatan. Hasilnya memberansangkan.
Rawatan di lakukan sebanyak 30 kali rawatan tetapi bagi kes yang lebih berat, rawatan di lanjutkan sebanyak 60 kali. Rawatan ini benar-benar berkesan. Bagi remaja yang suka mencuri barangan khususnya di pasar raya, rawatan sebatan juga berkesan. Mencuri di pasaraya di lakukan oleh golongan tersebut bukan kerana kemiskinan, tetapi di lakukan sebagai hobi. Ketagihan rokok dan dadah lebih merupakan penyakit psikologi berbanding dengan masalah fizikal. Maka dengan sebatan merupakan cara rawatan berkesan untuk kedua-dua kes.

Marilah kita imbasi kembali hadith saw yang menyebut bahawa apabila anak anda mencapai 7 tahun, suruhlah solat, dan pukullah mereka apabila mencapai 10 tahun apabila mereka enggan melakukannya.
Sesungguhnya kaedah merotan merupakan satu daripada kaedah pendidikan selain nasihat dan kaunseling. Kaedah ini ada hikmahnya tersendiri yang merupakan petunjuk Ilahi menerusi hadith saw yang mulia. Hikmahnya secara saintifik hanya diketahui manusia hari ini.


Ahli pemikir barat menggunakan alasan hak asasi manusia sebagai helah untuk mengharamkan hukuman sebatan di sekolah secara mutlak. Namun hakikatnya, ada pelajar yangtidak dapat dibentuk oleh nasihat atau disiplin luaran. Ketika itu, hukuman sebatan atau rotan perlu di lakukan bagi mengelakkan masalah disiplin bertambah buruk. Cegahan sebelum terlambat dengan hukuman yang boleh mencegah, lebih baik daripada membiarkan kes tersebut tanpa hukuman sedemikian atas nama hak asasi manusia. Masalah jenayah remaja di negara maju di Timur dan di Barat yang mengamalkan sikap ini sangat menonjol dalam statistik rasmi atau tidak rasmi. Maka hukuman ini perlu di pertimbangkan kembali dalam masyarakat moden kini.

Islam sebagai cara hidup yang syumul memberikan penyelesaian terhadap semua masalah berbentuk fizikal atau rohani termasuk kes yang berkaitan dengan hukuman pencegahan. Perhatikan lagi maksud ayat al-Quran yang berkaitan perzinaan: 

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(Surah an-Nur 24: 2)

Hkmah disebalik hukuman ini dapat dilihat dalam kajian saintifik yang dilakukan oleh saintis Rusia itu tadi. Wallahu'alam.


*Perkongsian dari hasil bacaan buku "Ulul Albab- Ajaibnya Alam Semesta" penulisan Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail. 

Tuesday 20 January 2015

Kisah Benar Pandangan R. Stevenson Tentang Aurat

بسم الله الرحمن الرحيم 



Semalam saya kongsikan berkenaan hikmah Aurat dari sudut  Kesihatan ( Aurat Wanita & Kesihatan). Hari ini saya akan kongsikan satu pandangan dari seorang penulis di barat.

Selain menjaga kehormatan, İslam juga memelihara personaliti dengan menutup aurat. Manusia makin 'dibuka' makin hodoh dan buruk apabila dilihat berbeza dengan tumbuhan yang mana semakin 'dibuka' akan lebih nampak keindahannya.

Lihat saja di barat. Presiden atau isterinya sekalipon bukan islam tetapi tidak memakai pakaian seksi kerana di anggap ianya tiada class. Orang yang seksi kurang 'class' nya.

Tutup aurat membawa personaliti dan ianya juga menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan orang pada kita. Jika seorang doktor pakai tshirt, pakai seluar pendek atau seorang doktor wanita pakai legging dan seumpamanya sudah pasti ianya mengurangkan keyakinan orang terhadap kita.


Menutup aurat telah membuka kewanitaan dan kemuliaan seorang wanita. R.Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari 2002 berhubung etika pemakaian wanita Islam. 

Beliau berkata, “Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan di dalam sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan 3 orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan berpakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita muda tadi berbisik-bisik sesame sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, 


‘Mengapa mereka berpakaian seperti itu ? Saya bersimpati dengan mereka!’ 


Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara mengghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang sopan santun. Gaya mereka Nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. 



Berpakaian sopan menakutkan wanita barat. 


Kenapa ? 


Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk ?


Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan, wanita Islam Berjaya membebaskan mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan dapat hinder dari menjadi perhatian lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.


Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingg menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabil kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen. 

Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah perkara ini apabila anda menyatakan anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam.





Monday 19 January 2015

Aurat Wanita & Kesihatan

بسم الله الرحمن الرحيم 


ALLAH SWT itu maha mengetahui dan maha bijaksana. Selain arahan yang wajib di dengar dan dipatuhi, apa yang disuruhNya terlindung hikmah yang baik untuk setiap aspek kehidupan manusia.

AURAT WANITA DAN KESIHATAN 

Padanlah 'Pak Arab' pakai serban penutup kepada di padang pasir, 'mat salleh' pakai snowcap musim sejuk. Menutup aurat ada kelebihannya. Selain dalam artikel jurnal, Info ini juga diceritakan di dalam buku Dr Zainal Abidin yang bertajuk Quran Saintifik. Mengikut Karima Burns (MH, ND) di dalam artikel The Science Behind the Veil di IslamOnline menyatakan bahawa : Ujian-ujian menunjukkan 40-60% daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain.



Menutup kepala pada musim panas ada kebaikannya. Menurut V.G Rocine, seorang pakar otak, fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit (42 darjah Celcius). Keadaan ini boleh berlaku sekiranya berada di panas terik tanpa menutup kepala. Apabila Fosforus cair, fungsi otak akan menurun dan hal ini akan menyebabkan kesan negatif pada otak. 

Hal ini turut dinyatakan di www.islamonline.net/english/Science. 


Dalam artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online, dinyatakan, Jika suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Fahrenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini boleh menjejaskan kesihatan otak.Justeru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.

Hikmah ini dilihat dari sudut sains, tetapi terdapat banyak lagi hikmah lain dari sudut psikologi dan sebagainya.



"Aurat is the problem for women, Syahwat is the problem for men"


Di dalam buku Brain Sex : The Real Difference Between And Women, Anne Moir dan David Jessel menyatakan bahawa :

Seara dasarnya kaum wanita tidaklah terangsang apabila melihat gambar-gambar lucah berbanding lelaki. Lelaki pula adalah sebaliknya, dan melalui gambar-gambar itu mereka mampu berkhayal melakukan perbuatan lucah. Kerana itu aurat lelaki berbeza dengan aurat wanita. Ia bersesuain dengan fitrah kedua-duanya. Wallahu'alam, ini kajian mereka. Tidak salah untuk terima, boleh juga untuk menolak.

Menutupnya lagi, bagi kaum lelaki, seks adalah pornografi yang menggiurkan, mereka hanya mementingkan tubuh. Kaum wanita pula lebih kepada perhubungan.


Helen Fisher pula dalam buku The First Sex ” Pada tahun 1920-an, satu kajian dilakukan melibatkan ratusan lelaki dan wanita di Amerika. Di dalam kajian itu, 65% lelaki mengatakan mereka pernah mengintai bilik tidur orang lain melalui tingkap berbanding wanita hanya 20% sahajayang suka skodeng.

Sebenarnya, kaum lelaki terangsang melalui penglihatan mereka (Visual Stimuli). Untuk merangsang diri, mereka menggunakan bahan-bahan lucah secara lebih kerap berbanding kaum wanita.

Ransangan kaum wanita pula datang dari perkataan-perkataan romantik, sentuhan, belaian di samping imej dan tema yang romantik yang terdapat dalam sesetengah filem dan cerita. Fantasi seks wanita berkaitan dengan komitmen dan kasih sayang dalam hubungan.

Tidak hairanlah ayat “Hentikan gangguan seksual kepada lelaki” selalu di sebut-sebut, dan tidak hairanlah juga, ramai gadis yang kecundang dek ayat-ayat cinta palsu kaum lelaki.

Sebab itu, syariat Islam telah menetapkan yang terbaik, seiring dengan naluri semulajadi manusia. 

Wallahu'alam


*InshaAllah next perkongsian bertajuk Aurat & Kemuliaan. Sebuah kajian perspektif R. Stevenson

Monday 12 January 2015

PK FILM- About God and Godmen




PK merupakan sebuah Filem terbaru gabungan antara Amir Khan dan Rajkumar Hirani yang menyentuh tentang isu sensitiviti agama. Sehingga kini, PK mendapat title highest-grossing Bollywood films worldwide.


“P.K. is about God and godmen.” – Rajkumar Hirani


Selepas filem 3 Idiots, kemunculan filem terbaru lakonan Amir Khan ini telah membangkitkan rasa ingin tahu bakal penonton dengan pelbagai persoalan apa yang cuba di tonjolkan Aamir Khan dalam filem terbaru ini apatahlagi ianya mengisarkan tentang sensitiviti agama. Itulah yang membuatkan ramai yang ingin menontonnya kerana merasakan watak yang bakal dibawakan oleh Aamir Khan (PK) di dalam PK ini adalah berbeza dari filem-filem sebelumnya. Timbul persoalan juga dengan watak PK tanpa seurat benang dan ditutup dengan radio lama transistor yang tergantung dari lehernya itu.


“When you (audience) will watch the film then only you will be able to understand the idea behind (the poster). But I would just like to say that the kind of filmmaker, the kind of writer Rajkumar is, he always tries to present the things, his thinking, in a unique way and that’s why I am his huge fan.” – Aamir Khan


Secara umumnya, Filem PK atau Peekay membawa maksud telah minum atau mabuk. Walaupun PK mendapat kutipan paling tinggi dalam sejarah Bollywood, filem ini mendapat tentangan hebat dari kumpulan agama Hindu. Filem ini telah menimbulkan kontroversi terutama di negara yang menerbitkannya iait India, kerana filem ini bergenrekan kritik agama dan sosial yang dianggap mengguris perasaan penganut agama Hindu bagi golongan ekstrimis. Namun terdapat ramai juga dalam kalangan mereka yang menyatakan filem ini okey sahaja dan ada juga yang hanya memberikan komen-komen untuk penambahbaikan. Intipati filem PK ini juga boleh dikaitkan dengan penganut agama yang mabuk dengan agamanya iaitu mengikut membuta tuli

Oleh sebab itu, ditekankan akan kepentingan untuk beragama dan mengabdikan diri kepada Tuhan dengan ilmu, yakni ia berupa dengan akal yang sihat berfikiran kritikal untuk tanya soalan dalam mencari ilmu dan kebenaran. Hal ini kerana sesungguhnya akal dan wahyu itu harmoni dan bukan ‘bermusuhan’. Wahyu dan akal itu tidak pernah berkonflik. Yang masalahnya ialah orang yang tak menggunakan akal dalam belajar agama, bak kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Mana mungkin kita nak memahami ajaran agama kalau tak menggunakan akal, lebih-lebih lagi ia bersangkut paut dalam perkara asas dalam mencari makna kehidupan dan kebenaran.




Kisah PK.

Sebagaimana keadaan manusia yang baru lahir , begitulah juga pembukaan filem PK di mana watak PK yang dilakonkan oleh Amir Khan telah diturunkan dari kapal angkasa ke bumi di tanah lapang Rajasthan dalam keadaan berbogel dan juga tidak boleh bercakap tetapi mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi seperti seorang budak kecil yang baru nak membesar dan megenal dunia. 

Misi PK ialah mengkaji kehidupan di bumi terutama manusia yang memiliki fizikal yang sama seperti PK. Tetapi misinya terbantut apabila rantai lehernya yang berfungsi sebagai alat komunikasi dengan kapal angkasa lepasnya telah dicuri oleh seseorang. Sejak itu PK berusaha mencari rantai leher yang dipanggil “remote control”.

Pelbagai kejadian telah berlaku ke atas PK terutama ketika dia bertanyakan kepada orang ramai bagaimana mahu mencari “remote control” itu. Selepas orang mendengar kisahnya, semua orang menjawab hanya Tuhan sahaja dapat membantu PK. Maka, dalam konteks filem ini, kita boleh nampak bagaimana dalam perjalanan PK mencari tuhan yang sebenar untuk dia meminta pertolongan mencari alat kawalannya, setelah orang ramai yang ditemuinya berkata tak mampu tolong dia dan hanya Tuhan yang mampu. Dia cuba beramal dengan semua agama walaupun pelik konsep setiap agama berbeza. Namun, dia yakin salah satunya benar-benar daripada Tuhan yang sebenar.Tindak-tanduk PK dalam pencarian itu juga mampu buat kita ketawa, menangis dan berfikir. 

Antara trademark utama dalam cerita ini adalah “wrong number” yang dianalogikan sebagai usaha kita ingin menghubungi(call) tuhan tetapi rupanya yang kita hubungi ialah ‘tuhan yang salah’, yang mana ia bersangkutan dengan eksploitasi agama oleh orang yang berautoriti dalam agama mempergunakan agama dan memperbodohkan masyarakat dengan mendakwa mampu bercakap secara terus dengan Tuhan. Meraka juga menggunakan agama untuk kesenangan dan kepentingan diri. Akhirnya, harapan manusia kekal tinggal harapan walaupun telah melaksanakan ‘arahan tuhan’ yang disampaikan oleh ‘wakilnya’. 

Malah, ada yang menanam dogma bahawa segala persoalan tentang agama dan apa yang disuruh oleh 'wakil tuhan' tidak boleh di persoalkan. Kedudukannya yang tinggi telah menyebabkan dirinya ‘alergik’ dengan soalan yang didakwanya dengan alasan ingin mencemarkan kesucian agama.

PK yakin bahawa hanya satu Tuhan yang benar. Kita yang beragama Islam, memang yakin dengan kebenaran Islam. Namun, itu sama sekali tidak bererti kita tidak memerlukan lagi petunjuk. Saban hari kita memohon kepada Allah dalam solat agar beri hidayah dan petunjuk kepada jalan yang benar. Berada di jalan yang benar tidak menjamin kita kekal di atasnya, mungkin terbabas tatkala ada perkara yang bermain dalam fikiran gagal dijawab. Dan, hidayah itu sendiri ada peringkat dan kedudukannya sendiri.


Benda paling tersentuh yang PK sebut pasal dua jenis Tuhan:
1. Tuhan ciptaan manusia
2. Tuhan yang mencipta manusia


Kata PK, bukan tuhan yang manusia cipta tu yang dia nak sembah, tapi tuhan yang cipta manusia itu yang perlu disembah. Inilah akidah yang kita pegang selama ini. Perkara ni kita boleh reflect dengan kalimah “Tiada tuhan melainkan Allah” iaitu tiada tuhan (ciptaan manusia) kecuali Allah (yang cipta manusia).

Terdapat juga sedutan babak yang  menarik yang menggabungkan tema politik, agama dan budaya. Antara dialog yang menarik ketika babak ini ialah, sami berkenaan berkata”Kami boleh lindungi tuhan“, lalu dibalas oleh PK dengan berkata “Kamu nak lindungi tuhan? Dunia ni sangat luas, entah berapa banyak lagi tempat luar bumi ni yang korang tak tahu, korang nak lindungi tuhan?”

''Tuhan (yang menciptakan kita) itu tidak perlu dilindungi, tetapi kitalah yang perlu berlindung denganNYA''.

Satu lagi antara babak yang menarik apabila di gereja, orang di sana berkata, “Tuhan(Jesus) telah datang untuk menebus dosa kau sejak 2000 tahun yang lalu" lalu dibalas oleh PK, “Apa dosa aku? Aku baru saja sampai ke sini(bumi)



Thursday 8 January 2015

Muliakah Kita ?


''Hidup ini kena belajar mengasihi dan memuliakan orang''. Kata-kata Ebit Liew ini ingatkan aku pada nasihat Ustaz Dzulkhairi. Ustaz berpesan..

Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,

Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.


Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.

Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.

Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.

Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”

Saya Hidup, Agama Mati

Nabi saw menangis sentiasa untuk umat. Tidak angkat kepala dari sujud. Orang mati tanpa agama, Nabi saw menangis.
Abu Bakr ra pernah berkata, Apabila kita lihat agama kucar kacir, sebutlah 
"Ayan KHUSUDDIN wa ana hay.." 
Agama berkurangan sedangkan saya masih hidup..

SAYA HIDUP, AGAMA MATI, TIDAK MUNGKIN !!

Ulang lah perkataan ini banyak kali dan menangis. 
Kata Maulana Hassan Ali An-Nadwi kepada pelajar di Universiti Madinah; "TULIS PERKATAAN INI DAN TAMPAL PINTU RUMAH KAMU,dan ingatlah apa yang kamu buat untuk umat ini. Berapa banyak orang yang jauh dari ALLAH kami bawa dekat pada ALLAH.
Marilah belajar menangis untuk umat. Apa guna mata yang tidak menangis kerana takutkan Allah, rindukan Allah, rindukan Nabi saw dan sahabat , dan sayangkan umat Nabi saw.

- Olahan Dari Perkongsian Ebit Liew-

Tuesday 6 January 2015

"Kita Ini Seperti Sebuah Buku"



Belajar itu memang memenatkan. Tapi terdapat suatu kenikmatan yang luar biasa bagi mereka yang cintakan Ilmu.

Semua orang penat. Aku juga penat. Tapi aku bimbang jika aku penat hanya kerana melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Cuba 'chek' kembali diri kita penat atas sebab apa ?

Alangkah ruginya detik-detik masa yang berlalu kita habiskan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sehingga kadang-kadang masa lapang yang ada, kita berlalu tanpa diisi dengan sesuatu kebaikan.

Ustaz saya pernah berkata, ramai orang muda terutamanya, dikala hujung minggu kadang terdapat masa lapang tapi tidak tahu untu isikan dengan perkara apa. Sehingga ada yang selalu mengeluh 

''apa aku nak buat ni..''

"Ishh..bosannya..tak tau nak buat apa..'

Sungguh 'malang' golongan ini ! 

Tenaganya muda! fikirannya tajam ! usianya muda !

Tapi Mensia-siakan usia mudanya berlalu begitu saja.

Kata ustaz lagi "Cubalah kalian rasa berdosa pada diri dan kepada agama ketika mana terdapat masa lapang tapi kita tidak tahu untuk lakukan apa'.

Kerana itulah ALLAH SWT bersumpah dengan MASA ! 

Di mana manusia itu sememangnnya sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang manfaatkan masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat dan amal-amal yang dapat meningkatkan iman mereka. 

Justeru, gunakanlah masa yang ada untuk perkara-perkara kebaikan. 

Gunakanlah juga masa muda ini untuk mencari ilmu.Buat bekalan kita untuk menempuhi cabaran-cabaran yang bakal mendatang.

Kalau hari-hari biasa kita belajar dalam kelas mencari ilmu untuk mengejar segulung ijazah, gunakanlah juga kesempatan waktu yang ada untuk kita menambah ilmu yang luar daripada kelas. 

Masuk alam kampus ni, usahlah bercita-cita untuk mengejar hanya segulung ijazah semata-mata. Ilmu Allah itu terlalu luas bahkan wujud di luar dari kelas. Seimbangkanlah kecemerlangan akademik dengan kematangan berfikir. Kematangan berfikir adalah ‘ilmu’ di luar kelas.

Penat, memang penat. Tapi buat mereka yang ikhlas, belajar kerana Allah, ia akan merasakan suatu kenikmatan yang tidak apat digambarkan.






Malas...?

Ohh..inilah perkara yang perlu di jauhkan dalam diri ummat. Suatu penyakit yang sukar sembuh. Begitu juga dengan mereka yang habiskan masa dengan tidur.

Orang yang berjaya selalunya mengurangkan waktu tidurnya, dia tidak mengalah kepada mengantuk dan malas.

Apabila kamu menuruti perasaan kamu untuk tidur maka ia akan menjadi kebiasaan kamu apabila kamu terasa untuk tidur kamu terus tidur. Ini akan merugikan kamu di dalam pembelajaran. 



“ Barangsiapa menguasai nafsunya sekali dia akan mengusai dirinya selama-lamanya”



Apabila sesorang selalu membaca buku-buku kehidupan ulama,dia akan mendapati bahawa kejayaan di dalam menuntut ilmu tidak akan dicapai dengan berehat sebaliknya ia dicapai dengan kepenatan.


Berkata seorang ulama ;



“ Tidak akan merasai nikmat ilmu mereka yang tidak merasai kepenatan di dalam menuntut ilmu”.

Kita perlu bezakan di antara kejayaan di dalam peperiksaan dan kejayaan di dalam ilmu. Kejayaan di dalam peperiksaan mungkin kita boleh capai dengan sedikit usaha tetapi ilmu tidak mungkin dicapai melainkan dengan usaha sebab ilmu lautan yang perlu diredah. Dan kebiasaannya orang yang berenang dia merasai kepenatan.


Monday 5 January 2015

Catatan Ringkas - Ilmu Syarat Kepimpinan

Al-Quran menjadikan ilmu syarat kelayakan bagi menjawat jawatan kepimpinan di dalam masyarakat. Tidak boleh golongan jahil memimpin sesebuah masyarakat. Sesebuah masyarakat perlu dipimpin oleh ahli ilmu.

Al Quran tidak sempit dengan segala masalah. Ia sentiasa berupaya memberi panduan kepada manusia,cuma adakah kita sudah berinteraksi baik dgn al Quraan secara baik ?

Jika negara di pimpin oleh orang tidak berilmu, maka tunggulah saat-saat kehancurannya.

Berkata Ibnu Taimiyyah;
الفتنة لها سببان: إما ضعف العلم، وإما ضعف الصبر، فإن الجهل والظلم أصل الشر

Fitnah memiliki dua sebab: (1) Kelemahan dalam ilmu, (2) Kelemahan dalam sabar. Sesungguhnya kebodohan dan kezaliman adalah pokok dari keburukan

  Berkata pula seorang penyair...


"Apabila seekor burung gagak menjadi petunjuk kepada sesebuah kaum
Maka dia akan membawa mereka kepada bangkai-bangkai anjing"


Jadi apa yang kita dapat fahami ialah,sekiranya kita dipandu oleh golongan jahil maka keburukanlah yang kita akan alami,begitu juga agenda-agenda yang tidak mendatangkan faedah kepada kita pun di bawa.


Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyebutkan kelebihan ilmu sebagai syarat menjadi khalifah dimuka bumi ini. Lihatlah kisah Nabi Adam di dalam surah al baqarah ayat 31 dan seterusnya,

Begitu juga dengan kisah Talut di dalam surah al-baqarah ayat 247.Bagaimana dengan kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan sebagai Menteri Ekonomi dengan menyifatkan dirinya sebagai ‘hafiz alim’ amanah dan berilmu.

Kaedah yang disebutkan adalah sangat penting bagi memilih pemimpin masyarakat dan ia bertepatan dengan Al-Quran dan akal yang baik.

*Dari Kuliah Ustaz Fauwaz


\



Catatan Ringkas - Menjadi Cantik Dengan Akal

Selain akhlak, manusia itu cantik dengan akal. Kalau cantik rupa paras tapi gila ?

Pasti Hilang sifat cantiknya.

Kata hukama';

  "kehilangan anggota itu lebih baik dari kehilangan akal"

Percantikkan akal, percantikkan akhlak, percantikkan bicaramu untuk menjadi seseorang yang lebih cantik. Kecantikan Paras rupa tidak akan kekal, lanjut usia akan 'mereput' jua tetapi akal kalau di bangunkan dan di jaga, usia 80 masih berguna. Lihat sahaja mereka yang sempurna akalnya, dalam usia lanjut masih ramai datang menuntut dan meminta nasihat.

Untuk cantikkan akal, perlu dibersihkan hati, supaya kita dapat menggerakkan dan membangunkan akal dengan sempurna, dan supaya tidak berlaku kesilapan dalam berfikir. 

Untuk itu, perlu kuatkan dalaman, spritual dengan membersihkan hati.

Kata HAMKA, akal akan menjerumuskan manusia kepada kehancuran jika tidak dipimpin. Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan begitu saja. Ia perlu dituntun dan di bangunkan.

Akal di bangunkan dengan Wahyu melalui pembacaan dan penghayatan Al Quran !
Akal juga di bangunkan melalui pembacaan alam !

Nikmat akal itu sesuatu yang amat bernilai. Pada diri sendiri terdapat banyak nikmat dari Allah. Tapi kenapa kita tidak nampak ?

Untuk melihat nikmat Allah, kita perlu menggerakkan akal !

Kerana itu juga, Kita amat berhajat pada hidayah Allah untuk membangunkan akal supaya tidak tergelincir dalam berfikir.

Itulah salah satu tugas agama, memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya. 

Dengan membangunkan akal, manusia akan nampak lebih sihat, lebih cantik dan lebih berkeyakinan. Bak kata HAMKa, akal itu membentuk budi dan membentuk kebudayaan. 


Akal itu memperindahkan lagi personaliti seseorang!