Sunday 8 January 2017

Dalam Hati ku

Aku tidak pandai berbicara, dan sebenarnya aku juga tidak pandai menulis
Aku hanya suka bercerita, terutama tentang mu
Biarkan aku bercerita tentang mu, tentang perasaan yang tak dapat aku jelaskan atau tersampaikan, tentang kata-kata yang mungkin tak pernah terucapkan, tentang rindu yang tak pernah ada habisnya
Di hatiku tersemat sedikit ruang kekosongan
Engkau hadir dan mengambilnya tanpa kuduga
Tiada apa aku mampu ucapkan, diriku lemah tidak berdaya
Sehingga diam-diam hadir cinta tanpa diundang
Di hatiku tersemat sedikit ruang kekosongan
Entah bila dan bagaimana dia hadir
Apa yang dibisikkannya ke hatiku
❤❤❤
Dalam hatiku...
❤❤❤❤
Apa yang engkau dambakan diriku dalam mimpi mu
Berapa banyak warna yang harus ku hias untuk mu
Kekosongan hatiku yang malang berterbangan di langit umpama belon
Dengan kelembutan dirimu memanggil
Sentiasa mengikuti ke mana dirimu pergi
Pergi dengan memejam mata
Perlahan-lahan mengikutimu
Sedikit demi sedikit menarikmu
Entah dirimu sedar mahupun tidak
Entah bila dan bagaimana dia hadir ?
Entah apa yang dibisikkannya ke hatiku?
Hatiku menyatakan, ianya kerana diri mu
Seluruh dunia seolah-olah bertukar baru
Walau apa yang telah terjadi
Berikan padaku hadiah dari hati ke hati
❤❤❤❤❤❤

Monday 2 January 2017

Kau Milik Ku



Sepertinya angin berhembus menarik nafasku menuju kearahmu

Dan aku merasa...

kau adalah milik ku


Tapi bagaimana ini terjadi..?

Baik aku maupun kamu tidak pernah menyedari hal itu

Tapi hati ini sudah mulai mengatakan sekarang

kau adalah milik ku dan aku adalah milik mu


Padahal aku tidak pernah tahu.. Bagaimana  keajaiban ini terjadi

Terasa ada yang sesuatu yang hilang dalam diri ini

Seolah-olah kau ditemukan tuhan

Ketika hatiku tetap menyatakan

 kau adalah milik ku dan aku adalah milik mu




Sepertinya angin berhembus

Menarik nafasku menuju kearahmu 

Dan aku merasa

Kau adalah milik ku ,aku adalah milik mu
❤❤❤❤

InshaAllah !


Tuesday 9 August 2016

Hikmah Yang Tersembunyi


Ujian itu normal kehidupan



Kehilangan sesuatu bukanlah bermakna berakhirnya segala-gala. Namun kita sempitkan dunia kita dengan keimanan kita yang lemah.
Tidak cemerlang peperiksaan, bukan bermakna kita tidak akan mampu memberi makan pada keluarga di hari tua. 
Kematian seseorang yang disayangi bukan bermakna kiamat telah tiba buat dunia. 

Putus tunang, bukan bermakna kita tidak punya peluang untuk berkeluarga.

Ujian Allah beri sedikit sahaja sebenarnya. Dan kita tidak tahu apa yang Allah kehendaki daripada kita sebenarnya. Tetapi sepatutnya kita amat arif bahawa... 

Allah itu hanya mahu yang baik-baik sahaja kepada hambaNya.

Namun oleh kerana dunia itu kita letak besar dalam hati kita, maka bila kehilangan sesuatu, kita pun hilangkan segala-galanya.
Sedangkan, selain perkara yang kita hilangi itu, rahmat Allah tetap wujud dengan wujudnya perkara lain di dalam yang boleh kita kecapi dalam kehidupan kita. Kita hanya resah melihat dan memikirkan apa yang kita tidak ada, tetapi kita lupa bersyukur kepada apa yang kita telah ada.
Di situlah kita akan rasa luasnya Allah ciptakan dunia ini. Luasnya kasih sayang Allah SWT. Luasnya peluang dan ruang yang Allah SWT sediakan sebenarnya. Dan di situlah kita akan rasa, mengapa Allah memberikan kita kehilangan tersebut. Semata-mata untuk menjadikan kita hambaNya yang lebih tabah, lebih sabar, lebih kuat. Dan itu adalah apa yang kita mampu ekstrak. Ada lagi mungkin hikmah-hikmah yang kita tak mampu ekstrak.

Sebagai contoh, apabila Khidir membunuh seorang anak, dan Musa bertanya mengapa dibunuh anak itu, lihatlah apa jawapan Khidir:

“Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.” Surah Al-Kahfi ayat 80.
Anak itu dihilangkan daripada kedua ibu bapanya, adalah kerana anak itu akan membawa ibu bapanya ke neraka.

Nah, tidakkah itu hikmah dan kasih sayang Allah SWT yang inginkan ibu bapa itu masuk ke syurgaNya?

Ini memang tak akan mampu kita jangkau dengan akal fikiran kita.
Dunia ini Allah ciptakan luas.

Jangan sempitkan. Bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada jalan penyelesaiannya dan hikmahnya yang 'tersembunyi'.


Saiz Nabi Adam a.s


Adam A.S. dan isterinya Hawa menikmati kehidupan syurga yang serba indah. Makanlah buah-buahan syurga semahu-mahunya kecuali suatu pohon yang dilarang mendekatinya. Larangan ini sebagai ujian terhadap Adam A.S. dan isterinya. Namun syaitan memang musuh manusia yang nyata. Dendam kesumatnya terhadap Adam A.S. masih membara. Tipu helah syaitan sangat halus. Syaitan menyatakan pohon larangan itu ialah Pohon al-Khuld yang andai dimakan buahnya, pemakannya akan kekal abadi dan tidak akan mati. Adam A.S. termakan tipu daya syaitan tersebut lalu memakan buah larangan bersama isterinya. Maka derhakalah kedua-duanya kepada Tuhan-nya. Akibatnya, Adam A.S., Hawa dan syaitan diperintah turun ke bumi. Adam A.S. dan Hawa memohon taubat daripada Tuhan-nya akibat dosanya itu lalu diampun kedua-duanya. 



Maka bermulalah kehidupan Adam A.S. dan Hawa di atas planet bumi....

 Hikmah Ilahi yang menganugerahkan saiz yang besar kepada manusia yang awal, sesuai dengan persekitaran yang sukar sebagai peneroka planet bumi 

Saiz ketinggian Adam A.S. ketika jatuh ke bumi menurun menjadi 60 hasta tingginya. Kekacakan wajah Adam A.S. tidak dapat ditandingi atau menyamai sesiapa kecuali Yusuf A.S., mengikut satu riwayat.

Perbandingan skala ukuran saiz fizikal  Nabi Adam A.S. ketika memulakan kehidupan di atas muka bumi, mengikut eksperisi seorang pelukis yang membandingkan manusia hari ini dengan ayahanda mereka yang pertama. 

Gambar sebelah kanan pula menunjukkan satu model saiz jubah yang dipadankan dengan keterangan hadith tentang ketinggian baginda. Baju tersebut dibuat pameran di sebuah negara Arab beberapa ketika yang lalu yang terpaksa ditegakkan dengan meggunakan kren yang besar saiznya. Bukan sahaja saiz yang besar dan tinggi, malah umur baginda pun lanjut mencecah seribu tahun mengikut satu riwayat. Hawa pula meninggal setahun kemudian. Ketika wafat, zuriat kedua-duanya sudah mencapai bilangan 4000 orang di sekitar Bauz. Demikian dicatatkan oleh al-Tabari

Manusia semakin susut saiznya generasi demi generasi. Hikmah Ilahi yang menganugerahkan saiz yang besar kepada manusia yang awal, sesuai dengan persekitaran yang sukar sebagai peneroka planet bumi yang kemudiannya diwarisiskan kepada seluruh zuriatnya sepanjang sejarah kemunculan manusia di atas muka bumi. Maka hakikatnya, seluruh manusia bersaudara yakni daripada pasangan ayah dan ibu yang sama. Teknologi moden hari ini membuktikan hakikat ini menerusi kajian DNA kromosom-Y yang menunjukkan seluruh keturunan manusia menumpu kepada induk yang sama.


Wallahu'alam.. !

Tuesday 28 June 2016

Keberkatan Lailatulqadar Untuk Wanita

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
1) Berzikir
2) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran 
5) Memperbanyakkan doa khususnya doa diajar oleh Rasul (s.a.w) kepada Sayyidah ‘Aisyah sekiranya bertemu dengan malam al-Qadar iaitu اَللَّهُمَّإِنَّكَعَفُوٌّكَرِيْمٌتٌحِبُّالْعَفْوَفَاعْفُعَنِّي Maksudnya:“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan mulia, kamu suka memaafkan, maafkan aku.”HR Imam al-Tirmizi.
6) Menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa atau memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Sunday 28 February 2016

Muhasabah - Kematian




Semua orang akan mati. Malah doktor yang ramai manusia berjumpa dengan mereka untuk mengelak dari mati, pun akan mati!

Mati bukan setakat mati. Tetapi setelah mati akan dihidupkan semula untuk dibalas atas semua perbuatan yang telah dilakukan.

Perihal hakikat kematian, kehancuran dunia dan hari kebangkitan adalah satu iklan terbuka oleh Allah. Allah S.W.T telah sebut dalam banyak ayat di dalam al-Quran tentangnya. Namun, hanya sedikit sahaja yang ingat, yang ambil pengajaran serta bersedia untuk berhadapan dengannya.


Pada hari akhirat, semua manusia akan dibalas sesuai dengan perbuatan dan amalannya. Jika baik niat dan amal kita, maka baik jugalah ganjarannya nanti. 



Kita adalah mukallaf, iaitu orang yang 'dibebankan' dengan tanggungjawab dan amanah dari Allah. Sungguhpun kita berasa berat dengan 'bebanan' ini, namun kita mesti memikulnya dengan sabar dan syukur. Mana ada orang yang suka untuk memikul beban?

Seorang anak kecil yang disuruh oleh bapanya untuk mengangkat barang. Tentu sahaja anak kecil itu berasa malas dan mengelakkan diri dari mengangkat barang yang disuruh oleh bapanya itu. Namun, apabila dikatakan bahawa sekiranya diangkat barang itu nanti akan diberi gula-gula, coklat atau mainan, tentunya si anak kecil itu dengan penuh bersemangat dan ceria untuk menyahut suruhan bapanya itu kerana bagi mereka nikmat dan sedapnya ganjaran gula-gula dan coklat itu.

Ya, syurga itulah ganjaran yang dijanjikan ALLAH terhadap hamba-hambaNYA yang sanggup sabar dan syukur dengan semua ujian di bumi ini. Mereka yg sedar akan nikmat ganjaran Allah itu sudah pasti akan berlumba2 untuk melaksanakan perintah Allah.

Masa tidak selalu menunggu kita. Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung.

If you really care how you will die, look at how you spend most of your time.
Imam al-Ghazali pernah berkata;

"Tujuan hidup menentukan cara hidup, cara hidup menentukan cara mati, cara mati menentukan cara dibangkitkan di akhirat, dan cara dibangkitkan menentukan arah tuju di akhirat’’


Lahir satu tarikh tidak di pinta. mati satu tarikh tidak dapat di di tunda. Hargailah denyut nafas yang dipinjam-Nya. Kematian menginsafkan aku. Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk metaatiNya, kerana setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi. 





Lafaz Cintaku

بسم الله الرحمن الرحيم

وَأَنْكِحُوا الأيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) dan Maha Mengetahui.” (QS. An Nuur (24) : 32).

Tidak pernah aku menemui dan mengenali insan yang lembut dan sopan sepertimu. Tingkah laku mu, pakaian mu, gerak langkahmu, bicara mu dan tutur bahasa mu yang sopan cukup untuk mencantikkan lagi paras rupa mu. Sebagai seorang muslimah yang sangat menjaga ikhtilat dan sopan santun budaya Islam, ia sudah cukup untuk membuatkan mana-mana pemuda untuk tertarik denganmu.  Dua tahun aku memendam perasaan ini setelah buat kali pertama aku mengenalimu didalam sebuah pertemuan yang diredhaiNya inshaAllah.

Surat in aku tulis dengan tulus ikhlas, di tulis dengan jiwa yang tenteram, dan tidak punyai maksud yang tidak baik. Rasa bersalah besar pada hati sendiri, jika perasaan ini tidak aku luahkan segera. Amatlah tidak baik jika perasaan demikian hanya disimpan-simpan saja sedangkan agama membenarkan umatnya menyatakan hasrat yang baik ini jika ia kerana Allah Taala. Walaupun aku tahu kebarangkalian untuk hasrat ini ditolak, namun setelah meluahkannya ianya cukup melapangkan hati saya yang sarat menampung perasaan yang saya pendam selama ini.


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saya mulakan dengan memohon kemaafan atas jalan yang saya ambil untuk menulis surat seperti ini. Kelemahan saya kerana saya tidak tahu apakah kamu senang atau tidak dengan cara sebegini, dan juga kerana tidak lain atas rasa malu saya padamu. Mudah-mudahan tindakan ini bukanlah hal yang melanggar syar'i kerana niat saya tulus kerana Ilahi.


Gementar juga hati dan tangan saya ketika menulis isi surat ini. Hati ini memaksa untuk menulis, banyak yang terasa, banyak yang terpendam, walaupun setelah beberapa kali saya cuba menulis, rasa takut dan malu itu sentiasa berlawan dengan niat hati hingga tak tentu dari mana harus di mulakan. Jujurnya telah saya cuba mencari kekuatan dalam sujud, istikharah dan sentiasa memohon supaya diri ini untuk terus memberanikan diri untuk mengambil keputusan ini. Mungkin hanya di atas kertas tidak cukup menggambarkan niat hati yang tulus namun bergantung pada kamu untuk menilainya dan saya serahkan segalanya pada Allah. kerana melalui doa, kita bebas untuk meluahkan rasa.

Telah lama saya memendam rasa, memerhati tingkah laku mu, apakah kamu sudah milik orang, tetapi diri ini terlalu malu  dan takut menganggu mu. Saya menunggu saat yang sesuai untuk menyatakan hasrat ini langsung pada mu. Pada hari konvo mu, saya menguatkan diri untuk mengirim bunga tanda permulaan untuk meluahkan hasrat ini.

Hatiku gementar. Takut. Namun, aku kuatkan diri ini untuk menulis surat ini. Tulisan ini tak lain atas niat suci yang terlalu besar hingga tak mampu untuk memendamkan terlalu lama. Berawal dari niat suci, hingga tak ingin jika sampai dikotori oleh kesalahan dan dosa. Dan ingin saya akhiri dengan kesucian hati yang tak ternoda oleh rangkaian kata-kata usang ini. Dengan memohon redha dariNya dan dengan lafaz yang suci Lillahitaala..

Jika engkau berkenan, Insya Allah, saya ingin menyampaikan niat tulus saya untuk melamar kamu sebagai isteri agar dapat kita bersama-sama menuju cinta ilahi hingga mencapai redha Allah dunia dan akhirat.

Namun, jika tiada perkenan darimu, saya rela dan ikhlas menerima sepenuh hati, Insya Allah.

Diriku bukanlah ingin memaksa mu  perlu pantas atau gopoh untuk melangsungkan pernikahan, sedang saya juga masih belum kukuh dari segi kewangan dan urusan yang lain, tetapi ianya adalah untuk menunjukkan kesungguhan hati saya untuk memilih mu dan menerima mu sebagai isteriku kelak.Kerana dalam hal seperti ini saya juga sedar ianya mungkin akan mengambil masa setahun atau 2 atau mungkin lebih. Jika diperkenakan dari mu dan diizinkan Allah kamu bersetuju, saya sedia menunggu tiba saat itu dengan penuh sabar inshaAllah.

Akhir kata, Maaf tak terkira saya sampaikan, atas kelancangan dan sikap yang saya ambil dalam surat yang tertulis dalam putihnya harapan ini. Mungkin ada yang berkata, "Diamnya seorang wanita adalah persetujuannya." Tetapi jika ada diam atas tulisan ini, saya anggap saja sebagai tiadanya perkenan darimu.



Ya Allah…
Aku berdoa untuk seorang wanita yang nantinya akan menjadi sebahagian dalam hidupku. Seorang wanita yang sungguh-sungguh mencintai-Mu lebih dari apapun, sehingga ia bisa mencintaiku apa adanya. Seorang wanita yang akan meletakkanku di posisi kedua di hatinya setelah Engkau Ya Allah.

Seorang wanita yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk-Mu dan untukku. Seorang wanita yang memiliki hati yang bijak dan otak yang cerdas. Seorang wanita yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku. Seorang wanita yang tidak hanya memujiku tetapi juga menasihatiku ketika aku berbuat salah.

Seorang wanita yang mencintaiku bukan hanya karena paras rupa, dan harta semata  tetapi lebih kepada hatiku. Seorang wanita yang mampu menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu. Seorang wanita yang dapat membuatku merasa sebagai lelaki sejati ketika ia perlukan bantuanku.

Seorang wanita yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya. Seorang wanita yang memerlukan doaku dalam setiap perjalanan hidupnya. Seorang wanita yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi lebih sempurna. Dan seorang wanita yang selalu memerlukan senyum dan tawaku untuk mengatasi kesedihannya.

Aku tidaklah ingin meminta seorang wanita yang sempurna, tetapi cukup memiliki hati yang sungguh-sungguh mencintai dan ingin selalu dekat dengan-Mu Ya Allah. Aku juga meminta buatlah aku menjadi lelaki yang dapat membuatnya merasa bangga memilikiku. Berikanlah aku hati yang sungguh-sungguh mencintainya seperti aku yang juga sungguh-sungguh mencintai-Mu dengan seluruh cintaku. Namun yang paling penting, berikanlah ia hati yang cantik. Sehingga ku kan selalu bersyukur atas segala kesempurnaan yang telah engkau berikan.

Dan bilamana akhirnya kami bertemu nanti, aku berharap kami berdua dapat mengatakan, “Maha Besar Engkau Ya Allah, karena telah memberikan kepada kami pasangan yang benar-benar membuat hidup kami menjadi lebih sempurna…”

Aku sama sekali tidak tahu siapa wanita yang telah Kau pilihkan untukku. Tapi aku sangat meyakini bahwa Engkau akan mempertemukan kami pada waktu yang tepat. Dan akan membuat segala sesuatunya menjadi sangat indah pada waktu yang telah Engkau tentukan nanti. 

Amin Ya Rabbal'alamin....


#NhHM