Tuesday 28 June 2016

Keberkatan Lailatulqadar Untuk Wanita

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
1) Berzikir
2) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran 
5) Memperbanyakkan doa khususnya doa diajar oleh Rasul (s.a.w) kepada Sayyidah ‘Aisyah sekiranya bertemu dengan malam al-Qadar iaitu اَللَّهُمَّإِنَّكَعَفُوٌّكَرِيْمٌتٌحِبُّالْعَفْوَفَاعْفُعَنِّي Maksudnya:“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan mulia, kamu suka memaafkan, maafkan aku.”HR Imam al-Tirmizi.
6) Menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa atau memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v