Wednesday 5 November 2014

Sweet & Romantiknya Dia

Banyak yang terpendam di lubuk hati.
Banyak juga masalah disekeliling.
Banyak berfikir tentang diri dan juga masyarakat sekeliling.
Stress!!


Terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang.
Tapi, ragu-ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian.
Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah. Dan terkadang, malu mengatasi segalanya.
Tapi pada Dia, aku tak malu nak bercerita. Semua sekali & tiada yang tertinggal!
Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, kerana Imam Birgivi ada menyebut; 


"Peraturan pertama untuk sifat malu yang mulia adalah dengan berasa malu di hadapan tuhanmu tentang perbuatanmu di sisinya. KemudiaN barulah rasa malu yg seterusnya muncul...."

..tapi Dia kata takpe.
Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat.
Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati aku tanpa perlu aku kata apa-apa. Subhanallah! Allah tu terlalu sweet kan ?

Allah berfirman lagi dalam 'surat cinta-Nya':
"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit & apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran, 3: 29).


Kadang-kadang, apa yang aku idamkan tu, hanya terdetik di hati & aku tak bersuara kat Dia pun untuk tunaikan hajat aku.
Tapi.. Dia tahu apa yang aku idam-idamkan, cita-citakan.
Dia bagi!
Alhamdulillah! Betapa 'sweetnye' Allah tiada siapa yang mampu menandinginya..
 


Tapi kan, sebab Dia terlalu 'sweet', Dia tak bagi semua ni pada aku directly.
Dia buat surprise, Dia bagi melalui medium & wasilah lain.
Daripada ibu ayah, daripada kawan-kawan & lain-lain. Orang yang beri sesuatu kepada aku itu semua adalah dari Dia. Dia hantar seseorang untuk menambah kegembiraan aku. Dia tak bagi direct..
Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan & malu sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya.
Subahanallah! 'Sweetkan' Allah?


Dalam surat 'cinta-Nya',
Dia berfirman lagi:
"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit & bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran & penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus, 10: 31)
 

Dia bagi aku banyak sangat nikmat yang takkan mampu aku hitung. Tapi itulah.
Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa. Aku selalu sangat lupa..
 
Dia berfirman lagi:
"Mereka (yang disembah itu) menjawab,
Mahasuci Engkau, tidaklah pantas bagi kami mengambil pelindung selain Engkau, tetapi Engkau telah memberi mereka & nenek moyang mereka kenikmatan hidup, sehingga mereka melupakan peringatan;
dan mereka kaum yang binasa."
(Al-Furqan, 25: 18)

Ada ketika aku buat tak tahu je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang aku tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi aku macam-macam nikmat. Aku pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila aku terlalu leka dengan apa yang aku miliki,
aku lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat aku setiap sesuatu tu walaupun aku tak pernah minta pun.
Teruk kan ?

Tapi, Dia sangat 'sweet'...
Dia pun rindu aku jugak. Dia nak aku ingat kat Dia. Dia nak aku sebut nama Dia.
Dia nak aku minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang aku mintak on the spot! Time tu jugak Dia boleh bagi.
Tapi ada yang Dia hold on dulu. Sebab Dia nak aku dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!

Dalam 'surat cinta' itu,
Dia ada berfirman:
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu & boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah, 2: 216)

Jadi, bila Dia rindukan aku, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan aku.
Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke aku cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana?

Dan paling penting, Dia nak aku ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat aku.
Jadi bila diuji, aku rasa sedih, aku rasa payah, aku rasa sakit.
Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti aku sebut.
Dan aku sangat pasti bukan hanya aku, tapi kita semua pasti akan sebut...
Ya Allah!
Allahuakbar!

Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai...

Dia berfirman lagi dalam 'surat cinta' itu:
"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..."
(Al-Baqarah, 2: 152)

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v