Saturday 20 February 2016

Nasihat Hati - Ujian

Hidup kita idak lekang dengan ujian, kerana hidup ini adalah untuk di uji. Namun, kita tidak pernah tahu apa yang Allah inginkan daripada kita dengan menurunkan ujian itu. 
Bila Allah berikan kita kesukaran, halangan, cabaran, kesakitan, kita tidak pernah tahu apakah yang Allah inginkan daripada kita dengan semua itu.
Tetapi kita sepatutnya tahu bahawa, Allah itu tidak menginginkan sesuatu, melainkan hanya kebaikan untuk hamba-hambaNya. Yakinlah setiap ujian itu pengakhirannya kebaikan. Tempuhilah ia dengan SABAR.

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu).” Surah An-Nisa’ ayat 40.

“Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.” Surah Ali-Imran ayat 108.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v