Monday, 16 February 2015

Kenangan ku - Tok Guru Nik Aziz

Saya memilih untuk turun ke medan ini untuk menyebarkan ilmu, jalan yang pernah di ambil oleh nabi dan rasul. Nawaitunya hanya satu, kerana ILAHI.

Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
1931- 2015


Beliau menghabiskan masanya hidupnya hanya untuk Islam. Beliau menjadikan urusan agama itu urusan keluarganya.




"Selepas kematian di dunia ini, kita akan dihidupkan kembali untuk menghadapi perbicaraan dengan Allah. Maka ketika itulah, segala amal perbuatan kita akan dinilai, dibicara dan di balas oleh-Nya. Bergembiralah buat orang yang beramal soleh. Allah berjanji akan menganjari mereka dengan syurga yang mengalir di bawahnya dengan sungai-sungai. Inilah balasan bagi orang yang melakukan segala perintah dan meninggalkan laranganNya."

Siapakah yang mampu memberi jaminan  bahawa esok kita masih lagi hidup ?

Apabila bercakap tentang kematian, saya suka mengingatkan diri sendiri. Usia kita ini tidak panjang. Apabila tiba masanya, kita akan di paggil pulang. Kematian tidak pernah kenal usia. Cuma apa yang perlu  kita lakukan ialah bersedia dengan amalan yang akan menjadi bekalan kita kelak. Itulah saham kita.

-TGNA-

20 Disember 2013

Alhamdulillah sampai juga di Kota Bharu. Hajat nak dengar kuliah tok guru tercapai. Kami sempat mendengar kuliah Tok Guru di Dataran Ilmu, Kota Bharu. Sempat juga saya untuk mengambil tempat di sebelah beliau. Antara beberapa nasihat beliau yang saya dapat, saya kongsikan secara ringkas di bawah. Mudah-mudahan bermanfaat buat kita semua.

Tok Guru sedang memberi kuliah. Ketika ini beliau sudah pon ada kanser tahap 4.

"Apa sahaja namanya Tukang sudah pasti tak sama rupanya dan sifatnya terhadap ciptaannya. Tukang buat almari tak sama rupanya dengan almari. Tukang kebun tak sama dengan kebun. Tukang basikal tak sama dengan ciptaannya basikal. Begitulah Tuhan yang menciptakan makhluknya sudah pasti berbeza dengan makhluknya".

-TGNA-



"Islam ini ibarat air hujan yang turun di puncak bukit. Air hujan yang turun di puncak bukit suci dan bersih sifatnya. Bayangkan air hujan ini yang terpaksa melalui perjalanan sejauh 1400 km sebelum sampai ke rumah kita.


Dan di dalam perjalanan yang jauh itu, air hujan yang suci dan bersih pada asalnya itu telah melalui kawasan-kawasan yang kotor. Ada kalanya bertemu dengan najis binatang, bangkai-bangkai dan pelbagai kotoran. Jadi, hendaklah kita yang mahu menggunakan air itu menapisnya dahulu agar boleh digunakan untuk meminum atau lain-lain kegunaan."
-TGNA-




Cantik sungguh perumpamaan yang diberi oleh Tok Guru. 


Beliau mengajak agar ummat ISLAM menapis juga kehidupan kita agar sesuai dengan kehendak ALLAH dan RasulNYA. Dalam tempoh yang panjang itu, ummat ISLAM telah melalui berbagai-bagai fasa, idea dan isme yang sedikit sebanyak telah meracuni pemikiran ummat ISLAM, antaranya sosialisme, komunisme dan nasionalisme. Justeru, kita mestilah menapis semuanya agar kembali sesuai dengan ajaran ALLAH melalui Rasulullah SAW.




Di dalam solat penuh dengan do`a. Dan Tuan Guru Nik Aziz telah mengingatkan ahli jemaah yang hadir agar mengamalkan do`a ini selepas membaca tasyahud akhir, sebelum memberi salam:

“Allahumma ya Muqollibal-qulub, thabbit qalbi `ala diniKA, wa `ala to`a tiKA” yang bermaksud “Ya ALLAH, wahai Tuhan yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini di atas agamaMU, dan di atas keta`atan terhadapMU”.

Doa ini sangat penting untuk diminta selalu. Kerana hati adalah raja kepada diri. Hati memberi kesan kepada perbuatan dan amalan manusia. Justeru, meminta hati agar ditetapkan di atas agama ALLAH dan supaya sentiasa berada di dalam ketaatan terhadapnya sangat perlu diutamakan.


21 Disember 2013

Alhamdulillah syukur tak terhingga perjalanan jauh dari UPM Serdang ke Kelantan ini tidak mengecewakan kami. Syukur pada Allah swt dapat juga jumpa personal dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumah beliau untuk dapatkan pesanan dari beliau. Betapa waktu yang ringkas ini cukup mengembirakan hati kami apabila Tok Guru sudi meluangkan masa selepas solat subuh di Masjid Pulau Melaka. 
Semangat tok guru beri pesanan walaupon dalam keadaan menahan sakit.

Video Pesanan Tok Guru Buat Anak Muda

Saya cukup terharu, dan sayu apabila sedang Tok Guru memberi nasihat pada kita semua menerusi video ini, tok guru berhenti seketika menarik nafas penat. Walaupon dalam keadaan tidak sihat, dan 8 tahun tok guru memakai bateri untuk jantung tapi beliau masih bersemangat memberi nasihat kepada kami. 

Saya hanya mampu menahan air mata apabila tok guru menunjukkan kesan-kesan bengkak pada tangannya akibat terlalu kerap doktor mengambil darah dan kesan jarum untuk dimasukkan ubat. TEtapi kagumnya saya pada insan ini, beliau sentiasa bersemnagat dalam menyampaikan agama hingga saat-saat pemergiannya. 


Video yang sempat dirakamkan



Tok guru ada pesan, kepada kawan-kawan bangsa cina, Cina adalah bangsa educated dan lebih awal berkembang dari melayu. Kamu lebih layak mentadbir orang Islam kerana nenek moyang kamu di china suatu masa dahulu lebih awal menerima islam dari kita orang melayu.


Selebihnya bolehla dengar video yang saya kongsikan di atas. Kena pakai earphone atau pasang speaker sebab terlalu perlahan.




12 Februari 2015


Malam yang sulit buat rakyat Malaysia untuk menerima berita ini. 



Sayu, sedih, terkejut, speechless.. Air mata mencurah-curah mengalir ketika membaca berita tersebut.

Bertalu-talu whatsapp berbunyi mesej masuk. Tiada berita lain melainkan berita perginya Insan yang mulia ini.

"Allahurabbi...masih terkejut.. tok guru.."

Hanya itu yang mampu di ungkapkan.  Tuhan saja yang tahu betapa hati ini meronta-ronta ingin segera ke Kelantan.Terus aku roger kawan-kawan untuk ke kelantan. Hati ini nekad. Kerana kami pernah berjanji apa-apa yang berlaku tetap kami akan sampai kesana sekiranya tiba saat ini.

Alhamdulillah, syukur tak terhinggan ada kawan yang sudi memberikan kereta untuk pergi bersama-sama ke Kelantan. Terus saya menghubungi abah dan ummi untuk memaklumkan tujuan tersebut.


Alhamdulillah, jam 11.30 malam kami bertolak, sampai pada jam 5.30 pagi. Jalan suda di sekat dan kereta kami terpaksa parking lebih kurang 800 meter dari masjid. an sampai di masjid, kelihatan Orang ramai sudah memenuhi perkarangan masjid Pulau Melaka.


Sekitar Masjid Pulau Melaka pada waktu Subuh


Alhamdulillah menjadi rezeki saya, berpeluang masuk ke rumah Allahyarham Tok Guru dari awal pagi selepas subuh hingga selesai dikafankan dan sempat juga mengusung jenazah masuk ke dalam masjid walaupon hanya beberapa saat. Semasa dalam rumah Tok Guru, saya Sempat menatap wajah Tok Guru buat kali terakhir. Sayu melihat wajah2 ahli keluarga Tok Guru Dan juga pimpinan yang berjuang bersama. Air mata tidak putus-putus mengalir. sesiapa sahaja yang mengucup dan menatap wajahnya pasti mengalir airmata tanpa dipinta.Tok guru dah tiada meninggalkan kita semua. Semoga apa yang ditinggalkan beliau menjadi pengajaran berterusan buat kita.
Jujurnya wajah tok guru tenang dan wajahnya cute seperti baby. Maafkan saya tapi itulah yang saya lihat.

Sempat mengusung seketika Jenazah yang di bawa ke dalam masjid untuk di solatkan -Sinar Harian

Dalam Bicara Ini Demi Ilahi, akhir kalam, Tok Guru berkata...

Saya sayangkan anda semua kerana ALLAH dan Rasul-Nya. Semoga kita semua tetap dalam iman dan mendapat hidayah ALLAH. Andai mampu berbicara lagi, saya mendoakan, mudah-mudahan kita akan berkumpul di Jannah nanti...




Beliau menghabiskan usianya hanya untuk Islam. Nasihat yang cukup bermakna. Terima kasih Tok Guru. Sesungguhnya hati ini sangat menyayangi mu Tok Guru.
heart emoticon



4 comments:

  1. Allahu akbar..kamu beruntung dpt prgi sna..kagum dgn kamu,dr jauh sudi dtg ke klntan berlainan pula dgn sstngah org klntan yg x merasa khilngnnya..satu lg,tok guru & medan ilmu mmg x dpt dipisahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan kami kesana...

      Delete
  2. Allahurabbi..sedih baca post ni..dh lebih seminggu berlalu, tp air mata masih mngalir apbila mngenangkan arwah Tok Guru..begitu hebat kesan perjuangan arwah..smoga kita juga thabat dlm perjuangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu dan makrifat dalam hati beliau cukup besar..kerana itu orang ramai dapat menumpang sama dgn ilmu yg ada pada beliau..allahumma ameen

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v