Thursday 8 January 2015

Muliakah Kita ?


''Hidup ini kena belajar mengasihi dan memuliakan orang''. Kata-kata Ebit Liew ini ingatkan aku pada nasihat Ustaz Dzulkhairi. Ustaz berpesan..

Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,

Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.


Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.

Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.

Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.

Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”

''Kita nak orang berubah, tetapi kita sendiri yang perlu berubah dengan sikap ini''
Janganlah merasakan diri kita ini mulia hanya kerana kita selalu ke surau, kita selalu sertai usrah, dan sebagainya. Selalu saya dengar, sesetengah orang meletakkan dirinya adalah tapisan dari Allah kerana dapat hadir ke surau dan sertai usrah dan kumpulan jemaah. Dengan begitu mudah kita memuliakan diri bahawa kita terpilih sedang orang lain tidak dipilih. 

Kita ini tapisan Allah atau kita malas berdakwah dengan mengajak mereka bersama-sama dengan kita tanpa meletakkan diri siapa lebih mulia.Ya, tugas dan perbuatan itu mulia, tapi yang memuliakan manusia itu tugas ALLAH SWT, bukan diri sendiri.

Ingatlah, Anda terpilih untuk sertai usrah belum tentu dapat menyelamatkan diri daripada sambaran api neraka.Sedangkan sahabat nabi yang dijamin syurga masih lagi takutkan azab Allah apatah lagi  kita yang entah syurga atau tidak. Kita juga tidak terlepas dari ujian Allah. Ujian riak, takbur, ujub dan lain-lain ujian. Sahabat nabi tidak pernah merasakan dirinya mulia. 

Kerana, seseorang yang tenggelam dalam lembah maksiat, kemungkinan akan mengakhiri hidup di lembah keimanan. Jangan menghina orang, yang kita bimbang adalah kesudahan hidup kita. Dan jangan pula kita bersang-sangka buruk pada orang, sedng kita tidak mengetahui akan hal yang sebenarnya. Allah jualah yang MAha Tahu.

"Beruntunglah seseorang itu yang rahsianya di sisi Allah lebih baik dari apa yang manusia sangkakan."

Seseorang yang tenggelam dalam lembah maksiat, kemungkinan akan mengakhiri hidup di lembah keimanan. Ketakutan orang siddiq adalah su’ul khatimah. Mungkin ia merupakan orang yang mulia dalam hidup tetapi penghujungnya adalah buruk.

Jagalah hubungan dengan Allah SWT, nescaya hubungan kita dengan manusia akan terjaga. Orang yang bermasalah dengan Allah akan bermasalah dengan manusia.

Semoga Allah pelihara dan bersihkan hati kita dari sifat-sifat mazmumah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v