Tuesday 6 January 2015

"Kita Ini Seperti Sebuah Buku"



Belajar itu memang memenatkan. Tapi terdapat suatu kenikmatan yang luar biasa bagi mereka yang cintakan Ilmu.

Semua orang penat. Aku juga penat. Tapi aku bimbang jika aku penat hanya kerana melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Cuba 'chek' kembali diri kita penat atas sebab apa ?

Alangkah ruginya detik-detik masa yang berlalu kita habiskan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sehingga kadang-kadang masa lapang yang ada, kita berlalu tanpa diisi dengan sesuatu kebaikan.

Ustaz saya pernah berkata, ramai orang muda terutamanya, dikala hujung minggu kadang terdapat masa lapang tapi tidak tahu untu isikan dengan perkara apa. Sehingga ada yang selalu mengeluh 

''apa aku nak buat ni..''

"Ishh..bosannya..tak tau nak buat apa..'

Sungguh 'malang' golongan ini ! 

Tenaganya muda! fikirannya tajam ! usianya muda !

Tapi Mensia-siakan usia mudanya berlalu begitu saja.

Kata ustaz lagi "Cubalah kalian rasa berdosa pada diri dan kepada agama ketika mana terdapat masa lapang tapi kita tidak tahu untuk lakukan apa'.

Kerana itulah ALLAH SWT bersumpah dengan MASA ! 

Di mana manusia itu sememangnnya sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang manfaatkan masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat dan amal-amal yang dapat meningkatkan iman mereka. 

Justeru, gunakanlah masa yang ada untuk perkara-perkara kebaikan. 

Gunakanlah juga masa muda ini untuk mencari ilmu.Buat bekalan kita untuk menempuhi cabaran-cabaran yang bakal mendatang.

Kalau hari-hari biasa kita belajar dalam kelas mencari ilmu untuk mengejar segulung ijazah, gunakanlah juga kesempatan waktu yang ada untuk kita menambah ilmu yang luar daripada kelas. 

Masuk alam kampus ni, usahlah bercita-cita untuk mengejar hanya segulung ijazah semata-mata. Ilmu Allah itu terlalu luas bahkan wujud di luar dari kelas. Seimbangkanlah kecemerlangan akademik dengan kematangan berfikir. Kematangan berfikir adalah ‘ilmu’ di luar kelas.

Penat, memang penat. Tapi buat mereka yang ikhlas, belajar kerana Allah, ia akan merasakan suatu kenikmatan yang tidak apat digambarkan.






Malas...?

Ohh..inilah perkara yang perlu di jauhkan dalam diri ummat. Suatu penyakit yang sukar sembuh. Begitu juga dengan mereka yang habiskan masa dengan tidur.

Orang yang berjaya selalunya mengurangkan waktu tidurnya, dia tidak mengalah kepada mengantuk dan malas.

Apabila kamu menuruti perasaan kamu untuk tidur maka ia akan menjadi kebiasaan kamu apabila kamu terasa untuk tidur kamu terus tidur. Ini akan merugikan kamu di dalam pembelajaran. 



“ Barangsiapa menguasai nafsunya sekali dia akan mengusai dirinya selama-lamanya”



Apabila sesorang selalu membaca buku-buku kehidupan ulama,dia akan mendapati bahawa kejayaan di dalam menuntut ilmu tidak akan dicapai dengan berehat sebaliknya ia dicapai dengan kepenatan.


Berkata seorang ulama ;



“ Tidak akan merasai nikmat ilmu mereka yang tidak merasai kepenatan di dalam menuntut ilmu”.

Kita perlu bezakan di antara kejayaan di dalam peperiksaan dan kejayaan di dalam ilmu. Kejayaan di dalam peperiksaan mungkin kita boleh capai dengan sedikit usaha tetapi ilmu tidak mungkin dicapai melainkan dengan usaha sebab ilmu lautan yang perlu diredah. Dan kebiasaannya orang yang berenang dia merasai kepenatan.




"Kita ini Seperti Sebuah Buku'"
(Dari Abang Naqib)



Cover depan adalah tanggal lahir,
Cover belakang adalah tanggal kematian.

Tiap lembarnya adalah hari dalam hidup kita dan apa isi perbuatan yang kita lakukan.

Ada buku yang tebal,
Ada yang nipis,
Ada yang penuh isinya,
Ada yang sikit dan ada yang kosong.

Ada buku yang menarik untuk dibaca,
Ada yang sama sekali tidak menarik.

Sekali tertulis, masih ada kesempatan untuk di perbaiki dengan taubat nasuha.

Tetapi ajaibnya,
seburuk mana pun lembaran sebelumnya, di situ sentiasa tersedia buat kita halaman selanjutnya yang putih bersih, yang tiada cacat celanya.

Kita masih punyai kesempatan dalam memperbaiki kesalahan dan memanfaatkan asa dan ruang yang ada dengan kebaikan..

TERIMA KASIH YA ALLAH !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v