Monday 5 January 2015

Catatan Ringkas - Menjadi Cantik Dengan Akal

Selain akhlak, manusia itu cantik dengan akal. Kalau cantik rupa paras tapi gila ?

Pasti Hilang sifat cantiknya.

Kata hukama';

  "kehilangan anggota itu lebih baik dari kehilangan akal"

Percantikkan akal, percantikkan akhlak, percantikkan bicaramu untuk menjadi seseorang yang lebih cantik. Kecantikan Paras rupa tidak akan kekal, lanjut usia akan 'mereput' jua tetapi akal kalau di bangunkan dan di jaga, usia 80 masih berguna. Lihat sahaja mereka yang sempurna akalnya, dalam usia lanjut masih ramai datang menuntut dan meminta nasihat.

Untuk cantikkan akal, perlu dibersihkan hati, supaya kita dapat menggerakkan dan membangunkan akal dengan sempurna, dan supaya tidak berlaku kesilapan dalam berfikir. 

Untuk itu, perlu kuatkan dalaman, spritual dengan membersihkan hati.

Kata HAMKA, akal akan menjerumuskan manusia kepada kehancuran jika tidak dipimpin. Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan begitu saja. Ia perlu dituntun dan di bangunkan.

Akal di bangunkan dengan Wahyu melalui pembacaan dan penghayatan Al Quran !
Akal juga di bangunkan melalui pembacaan alam !

Nikmat akal itu sesuatu yang amat bernilai. Pada diri sendiri terdapat banyak nikmat dari Allah. Tapi kenapa kita tidak nampak ?

Untuk melihat nikmat Allah, kita perlu menggerakkan akal !

Kerana itu juga, Kita amat berhajat pada hidayah Allah untuk membangunkan akal supaya tidak tergelincir dalam berfikir.

Itulah salah satu tugas agama, memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya. 

Dengan membangunkan akal, manusia akan nampak lebih sihat, lebih cantik dan lebih berkeyakinan. Bak kata HAMKa, akal itu membentuk budi dan membentuk kebudayaan. 


Akal itu memperindahkan lagi personaliti seseorang!




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v