بسم الله الرحمن الرحيم
Semalam saya kongsikan berkenaan hikmah Aurat dari sudut Kesihatan ( Aurat Wanita & Kesihatan). Hari ini saya akan kongsikan satu pandangan dari seorang penulis di barat.
Selain menjaga kehormatan, İslam juga memelihara personaliti dengan menutup aurat. Manusia makin 'dibuka' makin hodoh dan buruk apabila dilihat berbeza dengan tumbuhan yang mana semakin 'dibuka' akan lebih nampak keindahannya.
Lihat saja di barat. Presiden atau isterinya sekalipon bukan islam tetapi tidak memakai pakaian seksi kerana di anggap ianya tiada class. Orang yang seksi kurang 'class' nya.
Tutup aurat membawa personaliti dan ianya juga menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan orang pada kita. Jika seorang doktor pakai tshirt, pakai seluar pendek atau seorang doktor wanita pakai legging dan seumpamanya sudah pasti ianya mengurangkan keyakinan orang terhadap kita.
Menutup aurat telah membuka kewanitaan dan
kemuliaan seorang wanita. R.Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23
Januari 2002 berhubung etika pemakaian wanita Islam.
Beliau berkata, “Ketika
saya dan rakan-rakan sedang makan di dalam sebuah restoran, kami duduk
bersebelahan dengan 3 orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk
dengan berpakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka.
Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita muda tadi berbisik-bisik sesame sendiri
berhubung kedua-dua wanita Islam itu,
‘Mengapa mereka berpakaian seperti itu ?
Saya bersimpati dengan mereka!’
Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya
membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang
singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka
didedahkan secara mengghairahkan.
Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua
wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang
sopan santun. Gaya mereka Nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan
sifat kewanitaan yang indah.
Berpakaian sopan menakutkan wanita barat.
Kenapa
?
Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk ?
Selepas
kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan, wanita Islam Berjaya membebaskan
mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing,
berbelanja lebih dan dapat hinder dari menjadi perhatian lelaki ataupun wanita.
Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan
dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.
Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah
menjadi suatu budaya arus perdana sehingg menganggap adab dan sopan santun
suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabil kaum lelaki melihat secara
yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan
menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah yang menyebabkan
wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen.
Wanita yang mementingkan adab
dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka
berbangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah perkara ini apabila anda
menyatakan anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v