Monday, 12 January 2015

PK FILM- About God and Godmen




PK merupakan sebuah Filem terbaru gabungan antara Amir Khan dan Rajkumar Hirani yang menyentuh tentang isu sensitiviti agama. Sehingga kini, PK mendapat title highest-grossing Bollywood films worldwide.


“P.K. is about God and godmen.” – Rajkumar Hirani


Selepas filem 3 Idiots, kemunculan filem terbaru lakonan Amir Khan ini telah membangkitkan rasa ingin tahu bakal penonton dengan pelbagai persoalan apa yang cuba di tonjolkan Aamir Khan dalam filem terbaru ini apatahlagi ianya mengisarkan tentang sensitiviti agama. Itulah yang membuatkan ramai yang ingin menontonnya kerana merasakan watak yang bakal dibawakan oleh Aamir Khan (PK) di dalam PK ini adalah berbeza dari filem-filem sebelumnya. Timbul persoalan juga dengan watak PK tanpa seurat benang dan ditutup dengan radio lama transistor yang tergantung dari lehernya itu.


“When you (audience) will watch the film then only you will be able to understand the idea behind (the poster). But I would just like to say that the kind of filmmaker, the kind of writer Rajkumar is, he always tries to present the things, his thinking, in a unique way and that’s why I am his huge fan.” – Aamir Khan


Secara umumnya, Filem PK atau Peekay membawa maksud telah minum atau mabuk. Walaupun PK mendapat kutipan paling tinggi dalam sejarah Bollywood, filem ini mendapat tentangan hebat dari kumpulan agama Hindu. Filem ini telah menimbulkan kontroversi terutama di negara yang menerbitkannya iait India, kerana filem ini bergenrekan kritik agama dan sosial yang dianggap mengguris perasaan penganut agama Hindu bagi golongan ekstrimis. Namun terdapat ramai juga dalam kalangan mereka yang menyatakan filem ini okey sahaja dan ada juga yang hanya memberikan komen-komen untuk penambahbaikan. Intipati filem PK ini juga boleh dikaitkan dengan penganut agama yang mabuk dengan agamanya iaitu mengikut membuta tuli

Oleh sebab itu, ditekankan akan kepentingan untuk beragama dan mengabdikan diri kepada Tuhan dengan ilmu, yakni ia berupa dengan akal yang sihat berfikiran kritikal untuk tanya soalan dalam mencari ilmu dan kebenaran. Hal ini kerana sesungguhnya akal dan wahyu itu harmoni dan bukan ‘bermusuhan’. Wahyu dan akal itu tidak pernah berkonflik. Yang masalahnya ialah orang yang tak menggunakan akal dalam belajar agama, bak kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Mana mungkin kita nak memahami ajaran agama kalau tak menggunakan akal, lebih-lebih lagi ia bersangkut paut dalam perkara asas dalam mencari makna kehidupan dan kebenaran.




Kisah PK.

Sebagaimana keadaan manusia yang baru lahir , begitulah juga pembukaan filem PK di mana watak PK yang dilakonkan oleh Amir Khan telah diturunkan dari kapal angkasa ke bumi di tanah lapang Rajasthan dalam keadaan berbogel dan juga tidak boleh bercakap tetapi mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi seperti seorang budak kecil yang baru nak membesar dan megenal dunia. 

Misi PK ialah mengkaji kehidupan di bumi terutama manusia yang memiliki fizikal yang sama seperti PK. Tetapi misinya terbantut apabila rantai lehernya yang berfungsi sebagai alat komunikasi dengan kapal angkasa lepasnya telah dicuri oleh seseorang. Sejak itu PK berusaha mencari rantai leher yang dipanggil “remote control”.

Pelbagai kejadian telah berlaku ke atas PK terutama ketika dia bertanyakan kepada orang ramai bagaimana mahu mencari “remote control” itu. Selepas orang mendengar kisahnya, semua orang menjawab hanya Tuhan sahaja dapat membantu PK. Maka, dalam konteks filem ini, kita boleh nampak bagaimana dalam perjalanan PK mencari tuhan yang sebenar untuk dia meminta pertolongan mencari alat kawalannya, setelah orang ramai yang ditemuinya berkata tak mampu tolong dia dan hanya Tuhan yang mampu. Dia cuba beramal dengan semua agama walaupun pelik konsep setiap agama berbeza. Namun, dia yakin salah satunya benar-benar daripada Tuhan yang sebenar.Tindak-tanduk PK dalam pencarian itu juga mampu buat kita ketawa, menangis dan berfikir. 

Antara trademark utama dalam cerita ini adalah “wrong number” yang dianalogikan sebagai usaha kita ingin menghubungi(call) tuhan tetapi rupanya yang kita hubungi ialah ‘tuhan yang salah’, yang mana ia bersangkutan dengan eksploitasi agama oleh orang yang berautoriti dalam agama mempergunakan agama dan memperbodohkan masyarakat dengan mendakwa mampu bercakap secara terus dengan Tuhan. Meraka juga menggunakan agama untuk kesenangan dan kepentingan diri. Akhirnya, harapan manusia kekal tinggal harapan walaupun telah melaksanakan ‘arahan tuhan’ yang disampaikan oleh ‘wakilnya’. 

Malah, ada yang menanam dogma bahawa segala persoalan tentang agama dan apa yang disuruh oleh 'wakil tuhan' tidak boleh di persoalkan. Kedudukannya yang tinggi telah menyebabkan dirinya ‘alergik’ dengan soalan yang didakwanya dengan alasan ingin mencemarkan kesucian agama.

PK yakin bahawa hanya satu Tuhan yang benar. Kita yang beragama Islam, memang yakin dengan kebenaran Islam. Namun, itu sama sekali tidak bererti kita tidak memerlukan lagi petunjuk. Saban hari kita memohon kepada Allah dalam solat agar beri hidayah dan petunjuk kepada jalan yang benar. Berada di jalan yang benar tidak menjamin kita kekal di atasnya, mungkin terbabas tatkala ada perkara yang bermain dalam fikiran gagal dijawab. Dan, hidayah itu sendiri ada peringkat dan kedudukannya sendiri.


Benda paling tersentuh yang PK sebut pasal dua jenis Tuhan:
1. Tuhan ciptaan manusia
2. Tuhan yang mencipta manusia


Kata PK, bukan tuhan yang manusia cipta tu yang dia nak sembah, tapi tuhan yang cipta manusia itu yang perlu disembah. Inilah akidah yang kita pegang selama ini. Perkara ni kita boleh reflect dengan kalimah “Tiada tuhan melainkan Allah” iaitu tiada tuhan (ciptaan manusia) kecuali Allah (yang cipta manusia).

Terdapat juga sedutan babak yang  menarik yang menggabungkan tema politik, agama dan budaya. Antara dialog yang menarik ketika babak ini ialah, sami berkenaan berkata”Kami boleh lindungi tuhan“, lalu dibalas oleh PK dengan berkata “Kamu nak lindungi tuhan? Dunia ni sangat luas, entah berapa banyak lagi tempat luar bumi ni yang korang tak tahu, korang nak lindungi tuhan?”

''Tuhan (yang menciptakan kita) itu tidak perlu dilindungi, tetapi kitalah yang perlu berlindung denganNYA''.

Satu lagi antara babak yang menarik apabila di gereja, orang di sana berkata, “Tuhan(Jesus) telah datang untuk menebus dosa kau sejak 2000 tahun yang lalu" lalu dibalas oleh PK, “Apa dosa aku? Aku baru saja sampai ke sini(bumi)



Dialog Menarik
[Dialogue Between PK and Sculptures Manufacturer (SM)]


PK: Give me one God, brother
SM: Which God? This one is for 20, this is 50, that is 100. That one is 500
PK: What is the difference between the Rs 20 and Rs 50 Gods?
SM: Only size is different. Apart from that, both are same.
PK: That Rs 20 God also works good, right?
SM: Give me 15 rupees.
(After sometimes)
PK: Brother, has this God's battery gone down? It worked for sometime after that it stopped working.
SM: What? What do you mean ..?
PK: I mean, put a new battery in it.
SM: Hey brother, this does not run on batteries.
PK: Then, why is it not working? Is there any manufacturing defect in this god?
SM: We do not make defective pieces.
PK: Hey, you have created God?
SM: Yes, with my hands.
PK: Did God create you or did you create God?
SM: Oh brother, God has created all of us. We just make his sculptures.
PK: Why do you create his sculptures?
SM: So that we can pray to God. Tell Him about our joys and sorrows.
PK: Is there any transmitter fitted inside this? How does our communication reach God?
SM: God does not need any kind of transmitter. He hears directly.
PK: If he can hear directly, then what is the need for this sculpture?
SM: Oh! What shall I do with him? Trying to end our business, huh? What is your problem?!

Persoalan Wartawan

Sudah semestinya filem sebegini tidak lari dari persoalan-persoalan kontroversi. Antara soalan yang ditemuramah oleh media kepada Amir Khan adalah seperti berikut:


Wartawan: Awak (watak PK) mencuri duit dari kuil Hindu, tetapi tidak mencuri ‘chadar’ dari masjid/kubur?

Amir Khan: Duit yang orang perlukan untuk survival di dunia ini, bukan ‘chadar’.

*chadar = kain atau cadar yang menutupi permukaan kubur seseorang yang biasanya ditempatkan di kawasan masjid.

Wartawan: Di dalam scene filem, Lord Shiva direndah-rendahkan. Kenapa tidak Nabi atau Hussain (Islam)?

Amir Khan: Pertama sekali, tiada Tuhan yang telah dihina. Kedua, orang Islam tidak menggunakan apa jua gambar atau bentuk yang menyerupai Nabi atau Hussain (A.S). Maka, anda tidak boleh menyamar sebagai mereka dalam apa jua cara dan penampilan.

Wartawan: Poster Lords and Ladies Hinduism yang hilang telah dipaparkan di dalam filem ini. Kenapa bukan Tuhan orang Islam?

Amir Khan: Saya akan menjawab soalan ini dengan jawapan yang sama. Anda tidak boleh menimbulkan sebarang persoalan tentang Allah atau personaliti-Nya kerana Islam tidak pernah dan tidak akan menunjukkan atau menggunakan mana-mana gambar-Nya.

Wartawan: Lelaki di dalam filem ini ialah seorang Muslim, manakala gadis itu seorang Hindu. Filem ini berakhir dengan menunjukkan bahawa orang Islam atau orang Pakistan bukanlah penipu tetapi seorang yang setia. Adakah anda tidak terfikir bahawa di dalam kisah cinta ini ada sebahagiaan daripada jihad?

Amir Khan: Well, tidak. Pengakhiran filem ini mempunyai mesej bahawa orang Islam dan orang Pakistan adalah tidak seperti apa yang mereka fikirkan selama ini. Mereka setia dan berbakti dengan berbuat baik. Sebelum ini, kita telah banyak melihat budak lelaki Hindu dan budak perempuan Islam di dalam filem, kita juga tidak membantah, begitu juga dengan anda. Saya rasa anda tidak perlu membantah hal ini sekarang juga.

*Love Jihad: extremist Hindu di India menganggap lelaki Muslim mengahwini wanita Hindu itu sebagai satu jihad buat Islam. Maka, mereka mengadakan kempen untuk menentang “Love Jihad” ini.

Wartawan: Kami melihat anda (watak PK) mengejar dan mensasarkan Dewa Hindu sepanjang scene filem ini. Mengapa tidak seorang ulama Islam?

Amir Khan: Tiada di kalangan ulama dalam mana-mana masyarakat Islam menyebut dirinya utusan Tuhan, atau seseorang yang boleh menghubungi Tuhannya. Setiap ulama, tidak kira berapa seniornya dia, dia belajar dari kitab Allah iaitu kitab suci al-Quran, dan mengajar orang lain daripadanya.


Filem ini juga telah mencetuskan perdebatan secara terbuka di India melibatkan 6 panelis dan seorang moderator yang sangat agresif. Disini kita dpat melihat keterbukaan media disana dalam mewacanakan sesuatu untuk mendidik masyarakat mereka berfikir.


Setelah menonton filem PK, ada 6 elemen yang dibangkitkan oleh pengarah dan scriptwriter filem ini iaitu: percaya, prejudis, komunikasi, kebiasaan, ketakutan dan hipokrit.


Filem ini sangat dianjurkan untuk ditonton semua, dengan pelbagai sebab. Paling mudahnya, sebagai muhasabah dalam kita beragama. Sejauh mana kita yakin dengan kebenaran Islam dan setia dengannya.

Proses ke arah melakukan perubahan dalam menjadikan dunia yang lebih baik adalah antara lain bermula dengan melakukan reformasi dalam cara keberagamaan, yang akan menghasilkan seorang insan yang bersifat holistik dan mampu menyumbang kepada masyarakat serta tidak mementingkan diri sendiri.

Moga Allah sentiasa beri kita petunjuk untuk kekal setia dengan kebenaran hingga ke akhir hayat.


*Terdapat banyak lagi pengajaran dalam filem ini. Jemput share di ruangan komen.

2 comments:

  1. x boleh nk share sbb x tgk lagi.. T.T Sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruginyer xtengok lagi. Best kisah ni. 'si asing' yg setia dengan Tuhannya. Ada bberapa persoalan jug yg harus di fikirkan ttg filem ini yg berkait rapat denga Islam.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v