بسم الله الرحمن الرحيم
"..اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ.."
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad). Maka sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur".
(ali-Imran : 144)
Itulah ayat Quran yang di bacakan oleh Saidina Abu Bakr bagi menenangkan Umar Al-Khattab dan kaum muslimin yang hadir di saat kewafatan Rasulullah SAW.
Saat berita Rasulullah SAW wafat, ramai para sahabat yang sukar untuk menerima keputusan itu terutama Saidina Umar Al-Khattab yang telah hilang petimbangannya ketika itu. Sama-sama kita hayati dan ambil manfaat dari kisah ini.
"Lahir satu tarikh tidak di pinta mati satu tarikh tidak dapat ditunda"
PERMULAAN
SAKIT
Di hari
kedua puluh sembilan (29) bulan Safar tahun kesebelas (11) hijrah, pada han
Isnin, Rasulullah berkesempatan menghadiri pengkebumian jenazah di al-Baqi'.
Dipertengahan jalan sekembalinya Baginda dari al-Baqi', Baginda terasa sakit
kepala, panasnya terlalu menjadi-jadi, orang yang disekeliling Baginda turut
merasai kepanasannya terutama di atas kain balutan di kepala Baginda yang mulia
itu.
Namun
demikian Rasulullah terus bersolat dengan sekalian kaum muslimin dalam keadaan
Baginda mengalami kesakitan untuk selama sebelas hari, sedang keseluruhan hari
sakit Baginda tiga belas atau empat belas (13 atau 14) hari.
MINGGU
TERAKHIR
Sakit
semakin memberat, membawa Rasulullah bertanya isteri-isterinya; "Di mana
giliran ku besok? Di mana giliranku besok?". Semua mereka memahami tujuan
Rasulullah (s.a.w) itu, justeru itu Baginda dibenarkan untuk duduk di mana-mana
sahaja, dengan itu Baginda berpindah ke rumah Aisyah, Baginda berjalan di
antara al-Fadlu bin al-Abbas dan Ali bin Abi Talib, sedang kepala Baginda
berbungkus dengan kain, meletak kakinya selangkah demi selangkah hinggalah
Baginda memasuki rumahnya, di situ Baginda menghabiskan baki umurnya yang
seminggu itu.
Aisyah
(r.a) terus membaca surah-surah al-Muawwizah, dan doa-doa yang lain yang beliau
terima dari Rasulullah (s.a.w). Beliau meniup ke atas badan Rasulullah (s.a.w)
dan menyapu dengan tangan Baginda untuk memperolehi keberkatan.
LIMA HARI
SEBELUM KEWAFATAN
Pada hari
Rabu iaitu lima hari sebelum kewafatan, kepanasan badan Rasulullah semakin
meningkat, di mana Rasulullah (s.a.w) semakin bertambah sakit dan pening-pening
menyebabkan Baginda menyuruh dengan sabdanya yang bermaksud:
"Curahkan ke
atas ku tujuh uncang air dari berbagai telaga supaya dapat ku keluar menemui
orang ramai dan aku boleh bertemu dengan mereka". Dengan itu maka yang
hadir di situ membiarkan Rasuiullah duduk di atas tilam kemudian mereka mencucuri
air ke atas seluruh badan Rasuiullah, hingga Rasuiullah (s.a.w) berkata:
"cukup, cukup".
Di ketika
itu Rasuiullah terasa sakitnya berkurangan, dengan itu Baginda memasuki Masjid
sedang kepalanya masih berbalut dengan kain, terus Rasuiullah duduk di atas
mimbar dan memberi ucapan kepada orang ramai. Di masa itu khalayak ramai pun
melingkunginya, lantas Baginda bersabda yang bermaksud:
"Laknat
Allah ke atas kaum Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kubur-kubur
nabi-nabi mereka sebagai masjid" Dalam riwayat yang lain "Allah
mengutuk bangsa Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur-kubur nabi-nabi
mereka masjid" dan sabdanya: "Jangan sekali-kali kamu menjadikan
kubur ku sebagai berhala yang disembah "
Tidak lupa
Rasulullah menawar untuk orang ramai menuntut bela ke atas dirinya dengan
berkata:
"Siapa di antara kamu yang telah ku sebat belakangnya nah ini dia
belakang ku untuk beliau menyebatnya sebagai menuntut bela, dan sesiapa yang
telah ku hamun maruahnya, nah ini dia maruahku untuk beliau menuntut
bela".
Kemudian
Rasulullah (s.a.w) turun dari mimbar dan menunaikan solat Zohor dan kembali
duduk di atas mimbar semula dengan mengulangi soal perbalahan dan yang
lain-lain hingga salah seorang yang hadir berkata:
"Rasulullah (s.a.w)
telah berhutang dari ku sebanyak tiga dirham yang belum jelas"
Maka kata
Rasulullah (s.a.w): "Fadhl! Jelaskan kepadanya". Kemudian Baginda
mewasiatkan dan berpesan terhadap orang-orang Ansar dengan sabdanya yang
bermaksud: "Daku berpesan kepada kamu sekalian, bersikap baiklah terhadap
al-Ansar, mereka itu perut dan bekalan bagiku, mereka telah pun melaksanakan
kewajipan mereka yang belum terlaksana ialah hak mereka. Untuk itu terimalah
kebaikan mereka dan beri maaflah kesalahan mereka"
Katanya
pula: "Sesungguhnya aku ini seorang hamba Allah yang telah diberi pilihan
untuk menerima kemewahan dunia secukupnya atau memilih kedudukan di sampingNya,
di sini ku telah memilih kedudukan di sisiNya"
Kata Abu Said al-Khudri: Di
masa itu Abu Bakr menangis, dan katanya demi bapa kami dan ibu kami, kami
korbankan.
Kami yang hadir di ketika itu kehairanan dengan keadaan orang tua
ini (yakni Abu Bakr), apa ceritanya?.
Rasulullah menceritakan tawaran Allah
(s.w.t) kepada RasulNya dua pilihan samada dunia atau pun kematian, tiba-tiba
beliau menjawab "Kami korbankan bapa kami dan ibu kami",
Rasulullah
yang ditawarkan, bukan beliau, walau macam mana pun Abu Bakr adalah orang yang
terlebih mengetahui di kalangan kami.
Kemudian
Rasulullah pun berkata pula: Sesungguhnya orang yang paling selamat untuk ku
bersahabat dan juga hartaku ialah Abu Bakr, seandainya harus ku mengambil teman
selain dari Allah nescaya ku pilih Abu Bakr tetapi beliau adalah saudara, dan
perhubungan mesra dalam Islam, mana-mana pintu dari rumah ke masjid semua harus
ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakr sahaja.
EMPAT HARI
SEBELUM KEWAFATAN
Di hari
Khamis iaitu empat hari sebelum kewafatan, sakit Baginda semakin berat, Baginda
telah meminta dengan katanya: "Tolong bawa ke mari untuk ku tulis buat
kamu semua bingkisan, di mana kamu tidak akan sesat lepas itu". Di dalam
rumah di masa itu terdapat beberapa orang di antara mereka ialah Umar Ibn
al-Khattab, dan beliau berkata: "Kini Rasulullah mengalami kesakitan yang
teruk, kan kami sudah ada al-Quran, sudah cukup untuk kamu kitab Allah
itu". Ahli keluarga Rasulullah berselisih pendapat dan berbalah, di antara
mereka mengatakan: "Ayuh berikan sesuatu untuk Baginda tulis". Dan di
antara mereka juga mengatakan seperti pendapat Umar tadi. Hingga dengan itu
berlaku kesibukan dan percanggahan, menyebabkan Rasulullah berkata: "Ayuh!
Kamu semua beredar dari sini".
Di hari itu
Baginda membuat tiga wasiat iaitu Baginda berpesan supaya di halau keluar kaum
Yahudi, Nasrani dan Musyrikin dari Semenanjung Tanah Arab, seterusnya Baginda
berpesan supaya membenarkan kedatangan para perwakilan sebagaimana yang pernah
Baginda lakukan. Adapun wasiat yang ketiga perawi hadith terlupa, boleh jadi
pesanan supaya berpegang dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah atau
meneruskan penghantaran tentera Islam pimpinan Usamah,'atau ianya perintah
untuk bersembahyang dan membuat hubungan baik dengan hamba-hamba yang dimiliki.
Walau pun
nabi dalam keadaan sakit namun Baginda terus bersembahyang mengimami sidang
jemaah sekalian, hingga ke hari Khamis empat hari sebelum Baginda wafat. Di
hari itu Baginda bersembahyang maghrib dengan membaca surah "al-Mursalat
".
Semasa
sembahyang Isya' sakit Baginda bertambah berat, menyebabkan Baginda tidak
terdaya untuk keluar ke masjid, kata Aisyah: Rasulullah bersabda yang
bermaksud: "Apakah orang ramai sudah sembahyang?".
Kata kami:
"Tidak wahai Rasulullah, mereka semua sedang menunggu tuan hamba".
Kata Baginda lagi: Sediakan air di dalam talam itu". Kami pun berbuat
mengikut seperti suruhan Baginda, dengan itu Baginda pun bersuci, dan bangun
namun Baginda telah pitam di situ kemudian sedai bertanya pula: "Apakah
orang ramai sudah bersembahyang. Kejadian pitam ini berulang kali berlaku
seperti yang pertama iaitu selepas Baginda bersuci, akhirnya Baginda suruh Abu
Bakr bersembahyang mengimami orang ramai. Abu Bakr pun melaksanakan perintah
Baginda mengimami orang ramai untuk hari-hari itu sebanyak tujuh belas (17)
waktu semasa hayat Rasulullah (s.a.w).
Dalam hal
ini Aisyah telah meminta Rasulullah mengubah arahannya itu, bertujuan memberi
orang lain menjadi imam, supaya orang ramai tidak beranggapan tak elok, namun
Rasulullah tetap menolak dan berkata: "Kamu semua adalah wanita-wanita
pencinta Yusof, banyak berdalih, ayuh suruh Abu Bakr bersembahyang mengimami
orang.
SEHARI ATAU
DUA HARI SEBELUM WAFAT
Di hari
Sabtu atau Ahad nabi (s.a.w) merasa dirinya ringan sedikit, justeru itu Baginda
keluar dengan dibantu oleh dua orang untuk bersembahyang Zohor, sedang Abu Bakr
mengimami orang ramai. Sebaik sahaja Abu Bakr terlihat Baginda beliau pun
berundur ke belakang, tetapi Rasulullah (s.a.w) memberi isyarat supaya jangan
beliau berundur, Rasulullah menyuruh dua orang yang membantu Baginda supaya
mendudukkan Baginda sebelah Abu Bakr, mereka berdua pun mendudukkan Rasulullah
(s.a.w) di sebelah kiri Abu Bakr, dan Abu Bakr mengikuti (beriqtida') dengan
Rasulullah di dalam sembahyangnya, di samping memperdengarkan takbir-takbir
kepada sekalian jemaah.
SEHARI
SEBELUM WAFAT
Pada hari
Ahad iaitu sehari sebelum wafat, Rasulullah (s.a.w) memerdekakan kesemua hamba
sahaya, bersedekah dengan tujuh dinar yang Baginda miliki pada ketika itu,
semua senjata-senjatanya diberikan kepada kaum muslimin. Di malam berkenaan
Aisyah meminjam minyak untuk menghidupkan lampu dari jirannya, baju besi
Rasulullah tergadai pada seorang Yahudi dengan tiga puluh (30) cupak beras
bali.
HARI
TERAKHIR DALAM HAYAT BAGINDA
Anas bin
Malik meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh
di belakang Abu Bakr di hari Isnin itu dikejut oleh kemunculan Rasulullah dari
sebelah tabir bilik Aisyah sedang jemaah bersembahyang. Baginda melihat dan
memberi senyumannya, Abu Bakr pun berundur ke belakang untuk menyertai saf di
belakang, kerana beliau menyangka Rasulullah hendak keluar bersembahyang. Kata
Anas lagi: Hampir-hampir sidang jemaah terpesona dengan solat mereka kerana
gembira melihat Rasulullah (s.a.w) namun Baginda memberi isyarat kepada mereka
supaya meneruskan sembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan masuk ke
dalam. Selepas itu Rasulullah (s.a.w) tidak berkesempatan lagi untuk
bersembahyang lima waktu yang lain.
Semasa
siang semakin cerah Rasulullah (s.a.w) menjemput Fatimah dan membisik kepadanya
sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan
membisik kepadanya sesuatu menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah
berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?. Jawab Fatimah: "Baginda
membisik bahawa Allah akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini,
itulah yang membawa aku menangis, pada kali kedua Rasulullah (s.a.w)
membisikkan bahawa daku ahli keluarganya yang diwafatkan Allah selepas Baginda,
itulah yang menyebabkan daku tersenyum".
Selain dari
itu Rasulullah (s.a.w) juga memberi khabar gembira (tabsyir) kepada Fatimah
bahawa beliau adalah Syayyidah Nisa' al-'Alamin (Penghulu Wanita Dunia).
Fatimah melihat beban kesakitan terlalu berat dialami oleh Rasulullah (s.a.w).
Beliau berkata: "Alangkah berat siksa bapa". Jawab Rasulullah
(s.a.w): "Tiada siksa lagi bagi bapamu selepas hari ini".
Di saat ini
Rasulullah (s.a.w) memanggil al-Hasan dan al-Husain dan Baginda mencium
kedua-duanya sambil berwasiat kepada mereka berdua dengan kebaikan, kemudian
Rasulullah menjemput isteri-isterinya, menasihati dan memperingatkan mereka.
Kesakitan
semakin bertambah, dan kesan racun yang Baginda termakan di hari Khaibar boleh
dilihat, menyebabkan Rasulullah berkata: "Wahai Aisyah kini aku masih
terasa sakit kesan makanan di hari Khaibar dahulu, inilah masanya aku mendapati
nafas ku sesak terputus-putus kerana kesan racun itu". Rasulullah
mewasiatkan orang ramai dengan sabdanya: "Solat, solat dan berbuat baiklah
kepada hamba sahaya milik kamu". Baginda mengulangi ungkapan ini
berkali-kali.
NAZAK
Saat nazak
mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah
(s.a.w) bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya:
"Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah
meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada dan leherku, dan mencantumkan
di antara liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu Abdul
al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan memegang kayu
suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah
(s.a.w) memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan
hendakkan siwak (sugi) tersebut. Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu
Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya, kemudian ku berikan
siwak kepada Baginda, tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku
lembutkannya? Baginda menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya,
maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya". Dalam satu riwayat lain
bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah
bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya
untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar
kematian ini ada sakarahnya" - al-Hadith.
Tidak
berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat
tangannya ke langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas,
disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang
dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :
Bersama-sama
dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin,
syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku,
letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih
yang Tertinggi (Allahumma Fi Al-Rafiq Al-A'la).
Baginda
mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu
turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi.
"Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua
kembali".
Peristiwa
kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua
belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah
genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.
KEPILUAN
MENYELUBUNGI PARA SAHABAT
Kini berita
kewafatan Rasulullah yang memilukan itu tersebar luas, suasana muram
menyelubungi persada Madinah dan cerok daerahnya, kata Anas:
"Tidak pernah ku melihat satu hari lebih ceria dan bercahaya dari hari kedatangan Rasulullah (s.a.w) ke Madinah dan tidak pernah pula ku lihat satu hari yang lebih buruk dan muram dari hari kewafatan Rasulullah (s.a.w)".
Selepas
wafatnya Rasulullah (s.a.w) puteri Baginda, Fatimah (r.a) telah mengucapkan
suatu ungkapan: "Duhai ayahku, kau menyahut seruan Tuhamu, duhai ayahku,
syurga al-Firdaus kesudahanmu, duhai ayahku, kepada Jibril jua kami bertakziah
mengenai kewafatanmu"
*Al-Raheeq al-Makhtum ; Syeikh Safy al-Rahman
al-Mubarakfuriyy
_____________________________
Baginda yang kita sambut kelahirannya pada 12 Rabiulawwal itu telahpun wafat pada 12 Rabiulawwal, maka hendaklah disedari bahawa kewafatan baginda bukanlah masa untuk ditangis-tangiskan semata tetapi adalah masa untuk menyedari bahawa Baginda telah meninggalkan sesuatu warisan yang besar untuk diwarisi iaitu PERJUANGAN UNTUK MENDAULATKAN AGAMA INI.
Di sinilah bermulanya kelahiran pewaris perjuangan Rasulullah SAW. Kitalah yang akan menjadi mata rantai penerus kepada perjuangan ini.Justeru, kefahaman kepada umat Islam perlu di terapkan dan semangat para pejuang patut dikobarkan dengan suntikan semangat hijrah untuk mendapatkan kembali “daulah” yang juga berlaku pada Rabiul Awwal.
Hargailah denyut nafas yang dipinjam-Nya. Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk metaati-Nya.,kerana setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.
Sama-sama ucapkan salam dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ayat langsung buat orang tak faham, "Ayuh! Kamu semua beredar dari sini" apebende tu ? ayat kebanyakkan tak betul
ReplyDelete