Al-Quran menjadikan ilmu syarat kelayakan bagi menjawat jawatan kepimpinan di dalam masyarakat. Tidak boleh golongan jahil memimpin sesebuah masyarakat. Sesebuah masyarakat perlu dipimpin oleh ahli ilmu.
Al Quran tidak sempit dengan segala masalah. Ia sentiasa berupaya memberi panduan kepada manusia,cuma adakah kita sudah berinteraksi baik dgn al Quraan secara baik ?
Jika negara di pimpin oleh orang tidak berilmu, maka tunggulah saat-saat kehancurannya.
Berkata Ibnu Taimiyyah;
الفتنة لها سببان: إما ضعف العلم، وإما ضعف الصبر، فإن الجهل والظلم أصل الشر
Fitnah memiliki dua sebab: (1) Kelemahan dalam ilmu, (2) Kelemahan dalam sabar. Sesungguhnya kebodohan dan kezaliman adalah pokok dari keburukan
Berkata pula seorang penyair...
"Apabila seekor burung gagak menjadi petunjuk kepada sesebuah kaum
Maka dia akan membawa mereka kepada bangkai-bangkai anjing"
Jadi apa yang kita dapat fahami ialah,sekiranya kita dipandu oleh golongan jahil maka keburukanlah yang kita akan alami,begitu juga agenda-agenda yang tidak mendatangkan faedah kepada kita pun di bawa.
Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyebutkan kelebihan ilmu sebagai syarat menjadi khalifah dimuka bumi ini. Lihatlah kisah Nabi Adam di dalam surah al baqarah ayat 31 dan seterusnya,
Begitu juga dengan kisah Talut di dalam surah al-baqarah ayat 247.Bagaimana dengan kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan sebagai Menteri Ekonomi dengan menyifatkan dirinya sebagai ‘hafiz alim’ amanah dan berilmu.
Kaedah yang disebutkan adalah sangat penting bagi memilih pemimpin masyarakat dan ia bertepatan dengan Al-Quran dan akal yang baik.
*Dari Kuliah Ustaz Fauwaz
\
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v