Semua orang akan mati. Malah doktor yang ramai manusia berjumpa dengan mereka untuk mengelak dari mati, pun akan mati!
Mati bukan setakat mati. Tetapi setelah mati akan dihidupkan semula untuk dibalas atas semua perbuatan yang telah dilakukan.
Perihal hakikat kematian, kehancuran dunia dan hari kebangkitan adalah satu iklan terbuka oleh Allah. Allah S.W.T telah sebut dalam banyak ayat di dalam al-Quran tentangnya. Namun, hanya sedikit sahaja yang ingat, yang ambil pengajaran serta bersedia untuk berhadapan dengannya.
Pada hari akhirat, semua manusia akan dibalas sesuai dengan perbuatan dan amalannya. Jika baik niat dan amal kita, maka baik jugalah ganjarannya nanti.
Kita adalah mukallaf, iaitu orang yang 'dibebankan' dengan tanggungjawab dan amanah dari Allah. Sungguhpun kita berasa berat dengan 'bebanan' ini, namun kita mesti memikulnya dengan sabar dan syukur. Mana ada orang yang suka untuk memikul beban?
Seorang anak kecil yang disuruh oleh bapanya untuk mengangkat barang. Tentu sahaja anak kecil itu berasa malas dan mengelakkan diri dari mengangkat barang yang disuruh oleh bapanya itu. Namun, apabila dikatakan bahawa sekiranya diangkat barang itu nanti akan diberi gula-gula, coklat atau mainan, tentunya si anak kecil itu dengan penuh bersemangat dan ceria untuk menyahut suruhan bapanya itu kerana bagi mereka nikmat dan sedapnya ganjaran gula-gula dan coklat itu.
Ya, syurga itulah ganjaran yang dijanjikan ALLAH terhadap hamba-hambaNYA yang sanggup sabar dan syukur dengan semua ujian di bumi ini. Mereka yg sedar akan nikmat ganjaran Allah itu sudah pasti akan berlumba2 untuk melaksanakan perintah Allah.
Masa tidak selalu menunggu kita. Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung.
If you really care how you will die, look at how you spend most of your time.
Imam al-Ghazali pernah berkata;
"Tujuan hidup menentukan cara hidup, cara hidup menentukan cara mati, cara mati menentukan cara dibangkitkan di akhirat, dan cara dibangkitkan menentukan arah tuju di akhirat’’
Lahir satu tarikh tidak di pinta. mati satu tarikh tidak dapat di di tunda. Hargailah denyut nafas yang dipinjam-Nya. Kematian menginsafkan aku. Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk metaatiNya, kerana setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v