بسم الله الرحمن الرحيم
Syariat Islam terbina di atas hikmah Ilahi menerusi fitrah kejadian manusia. Dalam pendidikan kanak-kanak. Islam mempunyai dimensi tersendiri dalam psikologi pendidik yang mengambil kira pendikan rohani dan jasmani secara bersepadu. Penggunaan rotan dalam pendidikan moden di sekolah menjadi perdebatan hangat ahli pendidik kontemporari. Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang. Ibnu Khaldun sebagai ilmuwan dan ahli pendidik tamadun Islam, tidak menolak penggunaan rotan sebagai kaedah pentarbiahan yang digunakan terhadap golongan pelajar yang tertentu.
Pelajar ada banyak kategori yang memerlukan kepelbagaian kaedah pendidikan. Kaedah nasihat dan psikologi perlu di berikan secara bersistem, diikuti oleh amaran lembut dan amaran bersifat hukuman. Namun, tahap pendidikan terakhir ialah dengan hukuman seperti hukuman rotan apabila kaedah yang lunak sudah tidak lagi meninggalkan kesan kepada pesalah.
Walaupun ahli pendidikan Barat menentang penggunaan rotan dalam pendidikan, namun England pernah menggunakan kaedah itu bagi golongan pelajar yang tidak boleh dibentuk peribadinya dengan nasihat yang lembut. Bahkan, Barat turut membuka sekolah khas dengan deraan yang berat bagi golongan pelajar yang melakukan jenayah juvina. Namun, apabila teori kauseling barat yang menekankan penggunaan psikologi terhadap kaedah pendidikan maka terdapat dua kesan yang bertentangan dalam senario akhlak pelajar. Pelajar yang memang berdisiplin dengan mudah digunakan kaedah psikologi tanpa penggunaan deraan fizikal. Namun, ada golongan lain yang memang tidak dapat dibentuk peribadinya sekadar menggunakan nasihat, maka golongan ini tidak boleh digunakan kaedah yang lembut seperti golongan yang tadi.
Dalam kes ini, Ibn Khaldun menyebut bahawa deraan rotan bagi pelajar yang di luar kawalan nasihat, harus dilakukan tidak melebihi dua kali sebatan. Sebatan itu pula bukan untuk menyakitnya, tetapi sebagai pengajaran dan kaedah cegahan sebelum pelajar itu bertindak satu langkah lagi ke arah jenayah yang lebih berat. Ini ialah langkah pencegahan.
Kajian Oleh Saintis Rusia
Mari kita saksikan contoh bahan pemikiran yang berkaitan dengan syariat dan himkah pendidikan berkaitan penggunaan rotan yang syarie yang sring di pertikaikan barat.
Berita The Medical News tentang rawatan dengan cara merotan untuk merawat ketagihan alkohol, dadah, masalah sosial dan HIV. Sebatan rotan juga berkesan untuk merawat kemurungan kerana gejala sosial. |
Di Rusia, para pendidik mereka gagal menangani pelajar yang melakukan kesaalahan jenayah melampau termasuk ketagihan arak, najis dadah, mencuri, samseng, gangsterisme serta penyebaran penyakit melalui aktiviti seks bebas.
Satu kumpulan penyelidik Rusia cuba mencari rawatan bagi ketagihan alkohol dan kegundahan melampau. Ketua kumpulan saintis tersebut, Dr. Sargei Speransky menemui kaedah baru mengatasi masalah tersebut, iaitu dengan sebatan berkali-kali pesakit yang terlibat. Kelihatannya kaedah ini agak ganas, tetapi itulah kaedah yang paling berkesan mengikut ketua penyelidik itu. Kenyataan ini turut di laporkan dalam Yahoo News bertarikh 30 Mac 2005 dan dalam Medical News sehari sebelumnya.
Ini, menurutnya, dengan sebatan di punggung, sejenis hormon akan dikeluarkan oleh badan manusia yang bertindak sebagai antibodi terhadap kesan alkoholik. Endorpin yang merupakan bahan kimia semula jadi badan manusia di dapati mudah dirembes keluar apabila sebatan punggung dilakukan berkali-kali. Bahan kimia ini dikenali sebagai kimia ceria atau happy chemicals yang bertindak menceriakan pesakit tersebut daripada kegundahan. Bahan kimia itu turut menghilangkan rasa ketagihan arak atau rokok.
Sebatan juga, mengikut pasukan penyelidikan itu, berjaya menyembuh ketagihan mencuri bagi sesetengah pelajar. Dalam sesetengah hal, mencuri barangan di pasaraya menjadi ketagihan golongan tersebut. Ada ramai golongan pelajar yang mencuri bukan kerana kemiskinan tetapi merupakan hobi harian, yang lebih menjadi fenomenon akhlak. Mereka puas menerusi aktiviti tersebut. Ini juga boleh disembuhkan dengan sebatan tertentu.
Rawatan HIV Melalui Rotan
HIV turut dirawat dengan sebatan dan kini klinik yang memberi rawatan dibuka secara meluas di Negara tersebut. Dr. Marina Chuhrova yang menjadi ahli penyelidik kumpulan itu menyatakan bahawa beliau sendiri melakukan rawatan kepada 10 pesakit ketagihan itu dengan sebatan dan permintaan semakin tinggi selepas masyarakt melihat rawatan kaedah sebatan itu sangat berjaya. Pesakit menjadi lebih gembira selepas tamat rawatan walaupun pada awalnya mereka teragak-agak mencubanya. Sekitar US100 bayaran dikenakan untuk setiap pakej rawatan. Hasilnya memberansangkan.
Rawatan di lakukan sebanyak 30 kali rawatan tetapi bagi kes yang lebih berat, rawatan di lanjutkan sebanyak 60 kali. Rawatan ini benar-benar berkesan. Bagi remaja yang suka mencuri barangan khususnya di pasar raya, rawatan sebatan juga berkesan. Mencuri di pasaraya di lakukan oleh golongan tersebut bukan kerana kemiskinan, tetapi di lakukan sebagai hobi. Ketagihan rokok dan dadah lebih merupakan penyakit psikologi berbanding dengan masalah fizikal. Maka dengan sebatan merupakan cara rawatan berkesan untuk kedua-dua kes.
Marilah kita imbasi kembali hadith saw yang menyebut bahawa apabila anak anda mencapai 7 tahun, suruhlah solat, dan pukullah mereka apabila mencapai 10 tahun apabila mereka enggan melakukannya.
Sesungguhnya kaedah merotan merupakan satu daripada kaedah pendidikan selain nasihat dan kaunseling. Kaedah ini ada hikmahnya tersendiri yang merupakan petunjuk Ilahi menerusi hadith saw yang mulia. Hikmahnya secara saintifik hanya diketahui manusia hari ini.
Ahli pemikir barat menggunakan alasan hak asasi manusia sebagai helah untuk mengharamkan hukuman sebatan di sekolah secara mutlak. Namun hakikatnya, ada pelajar yangtidak dapat dibentuk oleh nasihat atau disiplin luaran. Ketika itu, hukuman sebatan atau rotan perlu di lakukan bagi mengelakkan masalah disiplin bertambah buruk. Cegahan sebelum terlambat dengan hukuman yang boleh mencegah, lebih baik daripada membiarkan kes tersebut tanpa hukuman sedemikian atas nama hak asasi manusia. Masalah jenayah remaja di negara maju di Timur dan di Barat yang mengamalkan sikap ini sangat menonjol dalam statistik rasmi atau tidak rasmi. Maka hukuman ini perlu di pertimbangkan kembali dalam masyarakat moden kini.
Islam sebagai cara hidup yang syumul memberikan penyelesaian terhadap semua masalah berbentuk fizikal atau rohani termasuk kes yang berkaitan dengan hukuman pencegahan. Perhatikan lagi maksud ayat al-Quran yang berkaitan perzinaan:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(Surah an-Nur 24: 2)
Hkmah disebalik hukuman ini dapat dilihat dalam kajian saintifik yang dilakukan oleh saintis Rusia itu tadi. Wallahu'alam.
*Perkongsian dari hasil bacaan buku "Ulul Albab- Ajaibnya Alam Semesta" penulisan Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v