بسم الله الرحمن الرحيم
وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَى هَؤُلاءِ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah pertunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam (An Nahl ;Ayat 89).
"Science without religion is blind, religion without science is lame"
Penerokaan ilmu sains seharusnya menimbulkan rasa kagum dan takjub tentang kebesaran Allah.Pembangunan sains dan teknologi tanpa agama adalah buta tetapi tiada siapa pun yang dapat menafikan keperluan sains untuk membangun dan memakmurkan alam ini. Justeru, sains itu perlu dibicarakan dalam konteks agama untuk memandu apa jua perkembangan yang dibangunkan oleh manusia berteraskan sumber wahyu dan berinspirasikan keagungan Allah sebagai Pemilik dan Pencipta yang Maha Agung. Sudah pastilah al-Quran sebagai sumber rujukan utama.
![]() |
Projek Marmaray bakal menghubungkan
benua Asia dengan benua Eropah, yang turut menghubungkan kedua-dua belah kota
Istanbul lama dan baharu yang dipisahkan oleh Selat Bosporus.
|
Cukup hebat !
Cita-cita Turki untuk membina sebuah terowong bawah laut merentasi Selat Bosphorus wujud sejak Turki di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Pada 1891, Sultan Abdulhamid memerintahkan jurutera-jurutera Perancis mereka sebuah terowong bawah laut dimana terowong didirikan di atas tiang penyokong di bawah laut namun tidak menjadi kenyataan.
![]() |
The Marmaray Project connecting the Asian and European sides of Istanbul via a subway tunnel under the Bosphorus Strait has a 150-year-old story. |
![]() |
The first serious bid for a tunnel was presented by engineer Euqene Henri Gavand to Sultan Abdul Hamid |
Marmaray merupakan suatu projek usahasama Kerajaan Turki dengan Kerajaan Jepun untuk membina pengangkutan kereta api di bandar raya Istanbul, Turki. Ia terdiri daripada sebuah terowong kereta api bawah laut di Selat Bosporus dan pemodenan landasan kereta api pinggir bandar yang sedia ada di sepanjang Laut Marmara dari Halkalı di sebelah Eropah ke Gebze di sebelah Asia. Selat Bosporus turut menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Projek Marmaray diusaha menerusi kerjasama syarikat mega Taisei Corp. Jepun dengan syarikat tempatan Nurol dan Gama. Terowong ini
menghubungkan Eropah dengan Asia dan seterusnya menyambung perjalanan Jalan
Sutera yang silam.
Pembinaannya dimulakan pada tahun 2004 dengan sasaran awal bagi tarikh pembukaannya ialah pada April 2009. Selepas beberapa kelewatan yang disebabkan oleh penemuan sejarah, fasa pertama projek itu dibuka pada 29 Oktober 2013 sempena ulang tahun ke-90 penubuhan Republik Turki.
Nama Marmaray berasal daripada gabungan antara nama Laut Marmara dengan ray, perkataan bahasa Turki untuk kereta api.
Kerjasama Projek Marmaray tersebut
mengingatkan kita jalinan Turki-Jepun dalam sejarah silam mereka ketika jalinan
mereka untuk menentang Rusia dan Eropah. Terowong tesrebut diilhamkan oleh
Sultan Abdul Majid pada 1860, lalu dirancang denga teliti oleh Sultan Abdul
Hamid II ketika pemerintahannya dengan perlantikan subuah syarikat kejuruteraan
Perancis, British dan Amerika untuk merangka pelan perojek terowong di bawah
laut pada 1891 untuk menghubungkan benua Eropah dengan Asia dan seterusnya memudahkan
umat Islam menunaikan haji serta menyambung Jalan Sutera untuk pengembaraan
antara benua. Namun, hasrat baginda terbantut apabila beginda diguling oleh
British, Yahudi dan sebahagian rakyat baginda sendiri. Pemecatannya dirasmikan
menerusi surat oleh mufti kerajaan yang dilantik oleh baginda sendiri.
Perdana Menteri Turki
Teyyeb Erdogan dengan segala usaha gigih beliau merealisasikan hasrat sultan
Uthmaniyah 150 tahun yang silam dalam pembinaan jalan tersebut. Pentadbiran
Erdogan memulakan projek tersebut pada tahun 2005, tetapi banyak pihak yand
berusaha untuk mengagalkan usaah tesrebut kerana usaha Erdogan tesrebut dilihat
seolah-oleh mengembalikan kegemilangan kerajaan Islam yang lepas. Projek ditangguh
pada 2009.
![]() |
Kerja-kerja menyiapkan terowong yang turut menghubungkan kedua-dua belah
kota Istanbul lama dan baharu yang dipisahkan oleh Selat Bosporus. |
Dalam pembinaan tersebut, bahan sejarah kerajaan Bizantine silam
ditemui, lalu pencinta alam Barat mendesak agar perojek tersebut dihentikan
untuk kajian arkeologi yang didakwa lebih penting daripada projek tersebut. Ini
melambatkan proses pembinaan tersebut, sehinggalah dirasmikan kembali oleh
perdana menteri Turki dengan penyaksian perdana menteri Jepun. Projek ini akan
menghubungkan Eropah barat dengan Beijing dalam rangkaian keretapi moden, yang
digambarkan seolah-olah Jalan Sutera Moden. Ini benar-benar mengingatkan kita kepada hubungan erat Sultan Abdul Hamid Turki dengan Maharaja Meiji Jepun 100
tahun yang silam. Kerjasama mereka diteruskan oleh pemimpin kini dengan
semangat yang sama. Adakah satu masa akan datang projek ini diteruskan untuk
menyambung tanah besar China ke Jepun pula?
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v