Sunday 23 November 2014

MANUSIA BERFIKIR DENGAN JANTUNG ?

                                 بسم الله الرحمن الرحيم

Pepatah Arab ada menyebut :

 "Peliharalah keindahan hati dari sesuatu penyakit, Kerana sukar sekali memperbaikinya kalau sekali telah rosak".



Sayangi Jantung anda !


MArilah kita bersama-sama merenungi kisah yang menarik yang di petik menerusi akhbar harian daily Mail yang di terbitkan di United Kingdom yang bertarikh 10 April 2008 yang lepas. Kisah ini ialah kisah pemindahan jantung yang di jalankan 14 tahun yang lalu di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Pesakit jantung tersebut bernama Sonny Graham. Beliau seorang yang baik hati serta hidup dalam kehidupan penuh disiplin. Beliau mudah membantu jiran dan masyarakat apabila pertolongannya diperlukan.

Mr Graham, pesakit tersebut menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri, Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin  baik sehingga beliau pulih seperti biasa. Apabila smbuh, beliau mencari keluarga penderma jantung tersebut untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih. Beliau kemudiannya bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu. Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Mr Graham tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut. Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenali serta sangat berharap untuk tinggal bersama. Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin. Mereka hidup mewah di sebuah banglo yang mewah.

Suatu perkara yang ganjil telah berlaku pada diri Mr Graham. Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya, beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri. Menurut isteri yang baru di kahwininya, perangai Mr Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal dunia itu. Kegemaran buruk suaminya dulu di ikuti oleh suaminya yang baru itu. Beliau benar-benar berubah sifat daripada sifat penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa. Akhirnya beliau mengambil dan membunuh diri sendiri sama seperti yang di lakukan oleh pemuda pemilik jantungnya itu. Lalu matilah Mr Graham  dalam keadaan yang sama dengan penderma jantung itu.


Para saintis psikoanalisis berasa takjub apabila mengkaji kes ini. Satu persoalan yang timbul ialah , Adakah peristiwa ini berlaku secara kebetulan dengan peristiwa penderma jantung atau kedua-duanya mempunyai kaitan antaranya. Adakah jantung mempunyai sel memori yang masih merakamkan pita penderma asalnya lalu di pindahkan kepada penerima jantung yang baru ?


Hati Adalah Jantung ?

Mengikut fahaman positivisme Barat, jantung hanya satu organ biasa yang tidak berfungsi untuk berfikir atau mempunyai sebarang peranan dengan ingatan. Adakah pandangan itu benar ?

Sekaarang marilah kita merenungi ayat Al Quran yang bermaksud:

"Apakah mereka tidak berjalan pada permukaan bumi lalu menjadikan hati-hati mereka berfikir dengannya, atau telinga mereka mendengar dengaannya, maka sesungguhnya bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah hati mereka yang berada di dada."
(surah al-Hajj 22:46)

Dalam ayat di atas disebut 'Qulub ya'qilun biha' iaitu jantung hati yang berfikir dengannya (yakni jantung). Indikasi bahawa jantung (atau qalbu) yang berfikir tidak pernah disebut dalam mana-mana pemikiran manusia, akan tetapi Al-Quran menyatakan bahawa jantung hati yang berfikir. Para saintis sebelum ini berpendapat aktiviti berfikir hanya dilakukan oleh otak, bukan organ lain, khususnya jantung. Namun Al Quran menegaskan bahawa berfikir yang mendalam secara renungan di lakukan oleh qalbu.

Para saintis psikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan sel memori otak, akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung. Dalam masyarakat Melayu, qalb dalam bahasa Arab diterjemah sebagai hati tetapi terjemahan yang sebenarnya ialah jantung.


Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai sel ganglia yang mempunyai memori yang lebih kuat daripada sel otak. Sel ini berfungsi sebagai kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak. Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu dengan yang lainya membentuk apa yang disifatkan para pengkajinya sebagai brain cell in the heart. Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah. Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memori dalam kapasiti tertentu yang dicetuskan oleh sel ganglia tersebut. Kajian turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar makumat menerusi mekanisme yang sangat komples tindak balas kimia, asid amino dan gelombang elektrik.

Pembaca boleh merujuk penulisan seorang pengkaji Amerika yang bernama  Rolin MacCarty daripada institut HeartMath untuk maklumat terperinci tentang hal ini.


JANTUNG TIRUAN

Seorang profesor Universiti of Hawaii bernama Paul Peasall turu mengkaji aspek psikoanalisis berkaitan dengan pemindahan jantung untuk menguatkan lagi penemuan sel memori dalam jantung manusia. *Rujuk buku beliau ; The Heart's Code terbitan Broadway

Dalam kes lain yang dilaporkan professor tersebut, seorang pemuda penggubah lagu menerusi muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalanrya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebaya. Secara tiba-tiba pemudi itu handal  dalam bermain muzik dan gubahan lagu. Lebih menyanyatkan hati, lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh penerima jantung tersebut. Apabila ibu pemuda tersebut mendengar lagu yang di mainkan oleh pemudi itu, tiba-tiba dia menangis kerana sedih dan sayu apabila mendapati lagu itu pernah di mainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.

Jantung Tiruan oleh Peter Houghton

Kes yang hampir sama di laporkan dalam Washington Post bertarikh 11 Ogos 2007 bahawa seorang yang bernama Peter Houghton yang menerima jantung tiruan yang digerakkan dengan bateri menyatakan kepada wartawan akhbar tersebut, bahawa selepas menerima organ tiruan itu, beliau telah hilang perasaan sama sekali. Beliau tidak mempunyai perasaan sayang atau benci lagi terhadap cucunya sendiri. "My feelings had changed, I am not able to know what I hate and what I love, even I don't have feelings toward any of my grandchild," katanya sebagaimana yang dipetik oleh akhbar tersebut. Dalam petikan itu beliau menyatakan bahawa perasaan asalnya hilang sama sekali.

Begitulah betapa pentingnya kita berkewajipan memelihara hati, malah Rasulullah s.a.w. telah memperingatkan kita melalui sebuah hadis Baginda: 


“Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging tersebut, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging tersebut, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati (jantung).” (Riwayat Bukhari dan Muslim).




WALLAHU'ALAM


*Petikan dari buku Ulul Albab: Ajaibnya Alam Semesta oleh Prof Madya Dr Mat Rofa

6 comments:

  1. info menarik. tak sangka jantung mempunyai tugas seperti otak..mampu merakam setiap memori

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. sebab itu perlu jaga hati (jantung), baik situ baiklah semuanya. Kerana segala tindak tanduk kita bermula disitu

      Delete
  2. Tapi kan,yg mana lg baik..berfikir guna akal atau berfikir guna hati yakni jantung?nafsu ada kaitan dengan akal ke?sebab bila saya pernah nak buat ssuatu perkara,akal saya cakap jangan,jaga imanmu tapi hati cakap lakukan,.tapi saya guna akal sebab akal bgtahu apa yang akan berlaku seandainya saya buat perkara tu..ianya tidak baik untuk saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hati ya. Qalbu dalam bahasa arab ialah jantung. Melayu salah tafsir sebut hati.

      Delete
    2. Kamu salah faham antara akal dengan jantung. Pusat akal atau berfikir ialah jantung. Nafsu juga berada disitu. Akal itu salah satu komponen yg berada di jantung. Xde istilah mana yg baik fikir dengan akal atau dengan jantung. Untuk melahirkan pemikiran atau akal yang sihat yg mampu berfikir dengan aras tinggi perlu bersihkan qalbu.

      Delete
    3. �� susahnya nak hadam..kiranya sebenarnya kita berfikir menggunakan jantung?ke macam mana?

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat (^_^)v